Thursday, November 6

KEBUN MIMPI...akan datang dari Jemari Seni



PENGUMUMAN...

Jemari Seni ada buku 3 + 1 untuk bulan November tau... lihatlah sampul kulitnya yang cantik, lukisan ini dilukis oleh Syah dari Pulau Bali, Indonesia...(CHANTEKNYERRR...kan kan...)

Tiga penulis wanita Jemari Seni Publishing berbicara tentang cinta dalam sebuah Kebun Mimpi...

Ceritera I – Kebun Mimpi... oleh Noor Suraya
Masih ingat pada karya pertamanya, Keranamu Ain... ? Inilah lanjutan kisah Ain Najwa selepas itu.

Sudah Ain tanam, sudah Ain semai... namun tidak satu pun yang bertunas itu rupa-rupanya kembang menjadi bunga! Bagaikan kebun mimpi... apa yang hadir dalam hidup Ain ini sekadar sebuah kenang-kenangan.


Ceritera II – Tas Merah Jambu oleh Syud
Gara-gara sekeping kad raya yang ada gambar seekor kucing putih gebu, hidup Nisa tak keruan dibuat dek Anna, Lin dan Nini. Sementara kawan-kawan si penerima kad misteri itu, sedang menyenaraikan suspek: siapakah peminat rahsia Adif? Aiman terus menyiasat, Adif pula jadi resah gelisah.

Jomlah sama-sama ikut Syud membongkar misteri hati Nisa-Adif ini...!

Ceritera III – Albatros: Antara Langit dan Bumi oleh Rnysa
"Ya. Kalau sayapnya elok lagi, ‘dia’ boleh terbang..." balas Ehsan.
Izzah rasa dia yang perlukan sayap sekarang, mata Ehsan yang bening sedang mencuri pandang sejenak, menikam ke dalam tangkai jantungnya. Mata itu duta hati, dan jika mata dengan mata itu sudah bertemu, tentulah larutnya jiwa.

Encik Albatros, pinjamkan sebentar sayapmu itu! Aku mahu lari daripada terkena panahan cinta! bisik Izzah.

Membaca blurb pun, tentu anda semua sudah tertanya-tanya cerita yang bagaimana ya, buku kali ini? Apa yang boleh dikatakan, cuma satu saja... BELILAH, JANGAN TAK BELI WEIII!

Butiran Novel:

Judul: Kebun Mimpi
Penulis: Noor Suraya, Syud & Rnysa
Harga: RM21.50
Catatan: Mulai di pasaran: 20 November 2008
*Harga tawaran Jemari Seni – RM19.00 dan boleh dipesan secara online mulai 18 November 2008
Selamat membeli dan membaca...

Sedutan cerita:

1. Kebun Mimpi... daripada Noor Suraya

"Adam tak nak tidur lagi?"
"Nak mulakan juz baru ni... Ain tidurlah. Kalau sudah ke pelantar, tak tahu ada masa atau tidak." Kata Adam. Matanya bening... melihat Ain terbaring di sofa panjang, hatinya jadi terusik. Ain sudah tidak selesa untuk bergerak lagi, kasihannya. Tapi Ain ni... masih ada hati berbaring di sofa yang sendat ala-ala Cleopatra begitu.
Setiap kali melihat Ain yang termengah-mengah begitu, membuat dia juga rasa bersalah kerana pernah menggores hati uminya di rumah. Begitulah umi mengandungkannya dulu dengan bersusah payah... apabila dah besar panjang begini, dah nak jadi bapa orang pun, dia juga masih melawan kata-kata umi. Kalaulah ini Ramadan yang terakhir, masihkah dia sempat memohon ampun dan maaf daripada umi? Esok pagi-pagi di pejabat dia akan telefon umi dan abah minta ampun! bisik hatinya.

"Kenapa tengok Ain macam tu?"
"Sebenarnya selama ini saya tidak pernah tengok Ain betul-betul... kan? Ain tidak banyak berubah sejak zaman sekolah."
"Mujur tak tengok betul-betul, kalau tak mesti Adam dah pilih orang lain...! Hanya kerana salah pandang, Ain yang bertuah." Kata Ain, cuba mengiring sikit.



2. Tas Merah Jambu daripada Syud

Gadis itu sedang tercegat berdiri, seolah-olah sedang menunggu seseorang. Adif terkedu buat beberapa ketika, dan pantas fikirannya menimbang sama ada dia patut bangun dan menegur, ataupun duduk sahaja di sini dan melihat siapa yang ditunggu Nisa.

Pilihan pertama? Atau pilihan kedua? Atau... pura-pura berjalan di sebelahnya dan manalah tahu Nisa menegurnya....A, B atau C? Macam nak kena cari alternatif untuk pilihan D jek.

Dia berkeputusan untuk memilih A, namun belum sempat dia berbuat apa-apa, orang yang ditunggu Nisa sudah tiba. Dan orang yang ditunggu Nisa tidak lain dan tidak bukan lelaki berdarah campur itu, yang terus membuatkan Adif menjana pilihan untuk D.
D - Duduk dan tidak berbuat apa-apa kerana semua cadangan tiga pilihan di atas tidak sesuai dijalankan.

Terus dia mengalih pandang. Tidak mahu terus memandang. Namun matanya masih lagi degil mengerling, dan dia lihat Nisa mengambil sesuatu dari tangan lelaki itu. Dia nampak Nisa ketawa, dan tersenyum.

Adif menggeleng sendiri. Akhirnya dia bangun, dan memusingkan badannya menghadap dinding. There. Safe.


3. Albatros: Antara Langit dan Bumi daripada Rnysa

"Burung tu dapat ikut kapal-kapal selama beberapa hari. Selama tu ia melayang dengan tak turun dan hinggap di mana-mana." Terang Ehsan.
"Macam hati manusia juga..." sambung Ehsan bersahaja.
"Apa pula kaitannya albatros dengan hati?" pantas Izzah menyoal. Profesor Abu turut hairan dengan analogi anak didiknya itu.

"Ya lah, hati manusia... mengikut kita berhari-hari, berbulan-bulan, bertahun-tahun... tapi tak mahu turun dan hinggap di hati orang yang diikutnya. Terbang melayang-layang di atas sana. Entahkan bila akan singgah, kita pun tak tahu...." Pandangan mata Ehsan terhenti pada muka Izzah yang sudah kemerahan.

"Adakah bab ini termasuk dalam tesis awak, Ehsan?" usik Profesor Abu yang sudah dapat menangkap maksud yang tersirat. Bibirnya membunga senyuman. Anak muda dilamun cinta, bisik hati kecilnya.

"Ya, Profesor. Tesis yang tidak pernah selesai!" Mata Ehsan masih terarah pada Izzah yang kembali membaling roti kering ke dalam laut. Empat orang lagi pelajar Profesor Abu yang mengikut kajian hari ini hanya tersenyum sesama sendiri.

14 comments:

silencez said...

ehem ehem..
baru tertanya2 siapa yg akan post pasal ni:D

cing..
best kan kebun mimpi. cant wait!
padahal beratur lagi buku2 yg ada hahaha.

Noor Suraya said...

sil,
ehem... ehem
ada yang nak belanja 'orang' makan tomyam di Kedai Haji Bakhil depan ofis dia, kalau kaksu bukukan Kebun Mimpi... *jeling sampai juling kat Ju'a & Kucc* - nanti Sil bolehlah tumpang sekaki ya :D

silencez said...

wahhh bestt!!

memang kak.. dengan muka tak malunya saya ikut tunggu dah kat depan tu haha.

ehem ehem si kucing ungu..
count me in ye :P

Ju'A said...

kaksu..
ehem..ehem...
sayang bangat kat kaksu..*peluk kuat2 x nak lepas* time kasih utk Kebun Mimpi..
calling2 je bg tau sure tomyam Haji Bakhil sedia menanti..
sil pun blh lah tumpang 2 kaki..sekaki tkt tak balance...hehehe

Dyea said...

waaahhh..
ini ke big suprise yg 'org tu' ckp.
mmg x sangka la..
satu je berjaya teka.

Tahniah Kak Su, Syud n Rnysa!!!
hmm x sabarnya nk peluk kebun mimpi.
rasa nk peluk2 korang skali :)


Kak jua, Cing, Sil,
Ehem..ehem..
.....ngeeee
:)

akimsensei said...

wah korg, novel xkuar lg pn dh bleh dpt cerita. suspek n respek la gengkicap. :)

kucc_aprilsnow said...

kaksu : terkejut pagi tadi tatkala bukak email...oh tidakkk!!!... akhirnya, KEBUN MIMPI bukan mimpi lg bg kucc..TERIMA KASIH yg tak terhingga kaksu...seronok sangat sampai terkedu n terkaku tgk apa yg terhidang didepan mata...pasal janji tu bisa aje dong, jom turun ramai2 ke Pusat Bandar Damansara kucc n kak ju'a sedia menanti...

sil : aku pun xsabaq nie...menghitung hari nak tit tit kaksu...hehehe

Kak Ju'a : akak, kita siap sedia jadi tuan rumah kat kodai Haji Bakhil kan...apa da hal, silakan semua..kan kak kan..

psst : agak2 pak aji tu bg tak kita guna buku 3 Lima kak..ahaaks

Didi : Di, baru kita ngan kak ju'a ckp2 hari tu dlm LRT kan...tak sangkanyer dpt tgk KM in versi cetak akhirnya...

THKS kaksu,kak yah n Jemari Seni...

Ju'A said...

kucc...mmg terkezut sgt tgk email pagi tadi mcm x percaya lbh2 lagi ada *orang tu* pernah ckp tak mungkin KEBUN MIMPI diterbitkan...

pasal jd tuan rumah no hal demi KEBUN MIMPI yg menjadi realiti...

psst : kita ushalah pak aji tu sure dia bagi guna buku 555..

kucc_aprilsnow said...

akak, aku bukan kekasih ungu pak aji tu laa..so aku serahkan tugas usha-mengusha ni kat akak jer ek... akak kan pakar n full of experience..aku nnt tukang back up akak kenyit2 mata n angkat2 kening ngan pak aji ek...hikhikhik

silencez said...

yo! dah sorang tukang kenyit.. sorang tukang usha.. wa tukang makan. beres!


akim.. welcome to the club! ekeke

NickyAzrai said...

open table nnt
jgn lupa ajak aku erk
*kening jongkang jongket*

wanAmalyn said...

wei... korang... mana bleh tinggalkan daku... nak gak la makan tomyam hj bakhil tu... tak baik tau makan belanja sesama kroni jer... hikhikhik

apa2pun... kaksu mmg superb!! wan dah tak senang duduk... kalau boleh nak pinjam kuasa sakti nak putarkan siang&mlm biar cepat sikit dtgnya 18/11 nih =P

kucc_aprilsnow said...

nick, kuda terbang biru kan ada...anytime leh zam zam ala ka zam ke Menara Milenium...apa da hal, leh tolong wa ngan kak ju'a mengayat pak aji bakhil sama weii...ngeh ngeh ngeh

NickyAzrai said...

kak Wan..
eh ceh ceh macamlah kak wan ni
bukan kroni kita org
Kan ahad lps sudah kasik tanda lagi mau sedih2 hehehehe

Kuc..
kuda terbang kaler biru hehe
InsyaAllah :D