Monday, November 3

NOVEL 'KAU SAYANGKU' DIADAPTASIKAN KE LAYAR PERAK




NOVEL 'Kau Sayangku', hasil nukilan Bikash Nur Idris sudah siap pembikinan drama bersirinya yang akan ditayangkan pada 3 November 2008 ini di stesen RTM 1, jam 9.00 malam.

Dengan barisan pelakon yang ternama dan hebat, drama bersiri ini yang diberi tajuk 'Dari Mata Arisa' mampu membuai perasaan anda. Bagi anda yang pernah membaca novel 'Kau Sayangku' tentu ingin melihat watak-watak yang dicipta oleh Bikash beraksi di hadapan kaca TV anda.

PADA majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Datuk Adilla Sheikh Omar, Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran, RTM, beliau berkata kerjasama daripada penerbit, Raja Alawiah, penulis skrip, Sujiah Salleh dan pengarah, Mior Hashim Manap telah berjaya mengisi slot untuk menarik penonton menyaksikan 'Dari Mata Arisa'.

Alaf 21 sendiri memberi kerjasama sepenuhnya dengan mengizinkan terbitan novel ini ke layar perak. Malah, drama ini bakal dicalonkan untuk Anugerah Seri Angkasa yang dijangka kembali menyemarakkan industri seni tahun depan.

Wartaweb yang turut menghadiri majlis tersebut sempat menemu bual Bikash tentang novel beliau yang diadaptasikan ini.

"Saya sendiri terasa teruja apabila novel saya ini ingin dijadikan drama oleh penulis skrip, Puan Sujiah, terbitan Bright Network Sdn. Bhd. Bila difikir-fikirkan, apa salahnya watak-watak yang saya cipta ini dihidupkan untuk disaksikan oleh ribuan penonton. Saya sendiri tidak sabar untuk menyaksikan perjalanan cerita ini. Saya juga ingin saksikan bagaimana rupanya watak dan perwatakan, latar masa, latar masyarakat dan latar tempat yang saya wujudkan dalam bentuk buku dipaparkan di kaca TV. Selama ini, saya yang mengarahkan cerita dalam novel. Kali ini pengarah Mior Hashim Manap sendiri yang mengarahkan cerita saya."

Antara bintang yang membintangi 'Dari Mata Arisa' ini adalah Ashraf Muslim, Linda Jasmin, Maizura Hamzah, Ayu Raudah, Syed Aiman, Sharuddin Tamby, Tony Yusof dan ramai lagi. Jika anda ingin tahu siapa yang memegang watak seperti Eddy Sham, Amal, Marina, Ayana/Arisa, Akif dan beberapa watak lain lagi, jangan lupa setkan minda anda pada tarikh dan waktu yang telah ditetapkan.

INFO

Tajuk : Dari Mata Arisa

Durasi : 60 minit x 40 episod

Tayangan : RTM 1

Pengarah : Mior Hashim Manap

Adaptasi : Novel terbitan Alaf 21, 'Kau Sayangku' oleh Bikash Nur Idris

Lakon TV : Sujiah Salleh

Lagu Tema : Dari Kerana Mata - R. Azmi

Terbitan : Bright Network Sdn. Bhd

p/s : citer ni ditayang malam ni...pelakon2 smua best2...

info from : web alaf21..


1 comment:

RinnTis said...

Memang tak sabar nak tengok citer nih