Friday, February 27

Karya Terbaru Lynn Dayana


Airel, Imanina dan Rezzal mesti bersaing demi harta bernilai RM 22.5 juta. Saat harta menjadi taruhan, nyawa manusia mula kehilangan nilainya. Pertarungan pun bermula untuk menjadi pemenang namun apabila hati mula berantakan kerana cinta, emosi dan logik pun mula bersengketa mencari ruang untuk berkuasa. Mana satu arah mahu mereka tuju?

Bagi Imanina, pendirian dia dan Airel jauh berbeza. Airel di utara, dia di selatan. DI KL sentral, Rezzal mendoakan mereka bertemu. Namun hatinya tidak mahu. Tidak sanggup menerima Airel si kacang hantu! Airel mesti ditumpaskan.

Manakala warna pelamin imanina dan Airel, Rezzal yang mengangankan. Ada masanya, Rezzal berdoa biarlah Imanina pekak manakala Airel pula bisu, agar dunianya jadi lebih tenang walaupun hanya untuk sesaat! Mereka berdua memang menyusahkan!

Kata Rezzal, skala cinta Airel pada Imanina, bagaikan 7 gunung, 7 lautan dan 7 langit. Sedangkan bagi Airel, sebagai kekasih gelap dia tidak mahu, kekasih separuh masa dia tidak rela! Sayang pada Imanina yang hanya seinci, tidak mungkin menjadi seela!

Maka perang pun bermula tanpa menyedari, ada insan keempat yang mahukan bahagiannya. Lalu bingkisan demi bingkisan dari dia yang mengaku sebagai Pencinta mengundang keraguan dan sejuta persoalan? Antara nilai persahabatan, peluang percintaan dan harta dunia yang berjuta, mana satukah yang mahu dijadikan pilihan?

Sinopsis:

Airel, seorang eksekutif muda dituduh pecah amanah kerana menggunakan wang syarikat. Disebabkan tuduhan itu, dia diberhentikan kerja serta-merta. Dalam kesempitan hidup, tiba-tiba dia ditawarkan dengan harta bernilai RM22.5 juta daripada seorang lelaki yang tidak dikenali. Namun, untuk meraih harta itu, dia dikehendaki ke Langkawi. Di sana, dia bertemu dengan Rezzal dan Imanina.

Mereka juga mendapat tawaran yang serupa.

Tuan Haji Kamarul, seorang lelaki tua yang sangat berpengaruh. Namun, sayang... Dia tiada anak untuk mewarisi segala perniagaannya. Lantaran itu, Airel, Imanina dan Rezzal telah dipilih untuk menjadi pewarisnya. Namun, dia bukan ingin memberi dengan cara yang mudah. Tarikh luput diberikan kepada mereka untuk merebut harta ini.

Pada saat impian hampir tercapai, tiba-tiba wujud insan keempat sebagai pesaing. Pesaing yang inginkan mereka semua musnah! Musnah, supaya harta yang diidam-idamkan itu menjadi hak mutlaknya seorang. Namun, siapakah insan keempat ini dan apakah muslihat Tuan Haji Kamarul memilih mereka untuk merebut hartanya?

Sempatkah salah seorang daripada mereka memenangi pertandingan ini sebelum tarikh luput yang diberkan? Tarikh Luput Cinta... Debarnya menyesakkan dada!
P/S - TAHNIAH LYNN DAYANA DI ATAS KEMUNCULAN NOVEL TERBARUNYA TARIKH LUPUT CINTA. HMMM TAJUK PUN DAH CUKUP MENGODA GITU. KEPADA SEMUA PEMINAT JANGAN LUPA UNTUK MENDAPATKAN NOVEL INI. IA KAN MULA DIPASARKAN PADA KARNIVAL MINI KARANGKRAF DAN INSYAALLAH LYNN DAYANA JUGA AKAN BERADA DI SANA PADA ESOK HARI. APA LAGI TU..MOH KITA KE SANA RAMAI-RAMAI (INFOR DARI BLOG DHIYA ZAFIRA)

4 comments:

Dyea said...

Lynn,
tahniah utk TLC.
Mcm best!!
hummm...
kena pose dulu..
tgu bookfair nti.
:)

RinnTis said...

Tahniah lynn :) dah dapatkan buku ni masa mini karnival karangkraf hari sbtu lepas.

Lynn Dayana said...

Salam Dyea, Rinn... Terima kasih... semoga sudi memberi komen selepas membaca!

kaypo said...

Tahniah lynn...dua dua buku yg lps dah bace..yg ni..pasti bace .
Wah DD..pose ya..tak per..nanti PBAKL..berbuka ngan byk hidangan..jgn lupa bawa tuperware beroda..jenuh nak bawak balik..hahaha
Tahniah Yan.org jauh..rasanya kicapian pertama ada buku TLC..