Tuesday, March 3

Selepas Nama Aku N Kini Muncul Matahariku

Tajuk : Matahariku
Penulis : Aina Emir
Terbitan : Karnadya
Harga : RM19:90

Sinopsis:

Syakirah, gadis biasa-biasa yang bertahi lalat di bawah bibirnya, sekalipun tidak sehebat seorang ratu, tetap istimewa. Keresahan jiwa telah menjadikan dia gadis ‘nakal’ yang menghabiskan masa di dunia fantasi ‘anime’. Dia juga menjadi ‘pakar mengurat’ di alam maya. Sekalipun umurnya sudah mencecah kedewasaan, namun cinta dan kasih sayang seorang lelaki tidak pernah berbunga dalam hidupnya.

Perkahwinan merupakan sesuatu yang menggerunkan, kerana nun jauh di lubuk hati, dia bimbang menjejaki ibunya dan tidak mahu dilabelkan sebagai gadis ‘materialistik’. Pun begitu, kehadiran Khair atau ‘Kai’ sejak remaja lagi, kini mula mengubahkan perasaannya. Kalau dulu dia tidak merasakan Kai itu menarik, kini dia tahu lelaki itu mampu menyinarkan hidupnya. Bukankah mereka serupa sahaja? Malangnya, tiba-tiba sahaja ombak deras datang memukul, lalu mengucar-ngacirkan hidupnya. Syakirah terkapai-kapai dan tidak tahu hendak ke mana. Tahu-tahu dia sudah terperangkap dalam sesuatu yang hampir dekat dengan igauannya!

Kehadiran lelaki yang berketurunan campur itu meresahkan lagi hidupnya. Mengapa dia harus hadir dan mengelirukan keadaan? Apakah kuasa yang dia ada untuk melemahkan semangat dan mengecutkan perut gadis yang kaya dengan keayuan asli itu?

“It’s all about going crazy… and doing crazy thing.” katanya lagi,
“kerana kehadiranmu sinonim dengan cahaya matahari…”
Dr Blog Aina Emir :
Matahariku mengisahkan gadis Lembah Klang yang sedang mencari 'sesuatu' untuk dipautnya. Dia dibesarkan dalam sebuah keluarga poligami. Mamanya memang jenis 'materialistik' dan dia paling takut kalau orang lain melabelkan dirinya seperti itu juga. Syakirah sangat sayang pada papanya. Tetapi, papanya sudah tak hebat macam dulu lagi.

Mamanya pula paling takut untuk hidup susah dan kerana itu dia mendesak agar Syakirah berkahwin sahaja dengan anak rakan baiknya. Tapi, bolehkah masalahnya diselesaikan? Syakirah pula, bukan jenis gadis matang seperti mereka yang sebayanya. Dia lebih suka menghabiskan masa di alam animenya. Bukan itu sahaja, dia juga seronok melayan mereka yang tidak dikenalinya semasa berada di alam maya. Perkara seperti inilah yang dapat menghiburkan hatinya yang selalu resah dan gelisah.

Dalam kerjayanya sebagai seorang 'interior decorator' dia sangat menghormati bosnya suami isteri, Adam dan Amani. Amani dijadikan 'role model'nya dan dari situ dia mempelajari sesuatu untuk memperbaiki diri. Semasa bertugas, dia bertemu dengan karakter ini... karakter yang paling menakutkan dirinya. Ada orang suka memerhatinya. Siapa pula ni dan boleh percaya ke?

Kini Aina Emir, penulis prolifik kembali lagi dengan sebuah novel dewasa yang bertajuk MATAHARIKU. Dapatkan novel terbaru ini di kedai buku berhampiran anda!

No comments: