Thursday, March 19

Terbaru Dari Kaki Novel....weewitttt


Harga : RM20 ( wa dpt info dari kay sbb dia dah rembat kat markas tadi...cissh kay ni mmg berdesup saja...)
-----------------------------------------------

Faris, kau umpama pelangi selepas gerimis, seindah kelopak awan di langit, seharum kasturi...

Nazrin, aku cinta padamu kerana kau lelaki yang bertakhta di hati, beraja di jiwa. Cintaku padamu hanyalah kesetiaan.

Nadia... cinta dan kasihmu terlalu agung buatnya seluas langit dan bumi. Kau lambang cinta yang agung!

Sayangnya, kisah cintaku yang indah berakhir derita. Dia yang aku puja hanyalah debunga yang ditiup angin. Singgahnya hanya pada bunga yang indah dan harum baunya. Aku kecewa!

Datang pelang bawakan aku bahagia. Membuat aku alpa siapa diriku yang sebenarnya. Diri di ulit sayang tidak bertepi. Namun ketika sedarku seketika...Dua potret wajah kekasih datang memayungi hati. Dalam diam aku memilih, pelangi itulah cintaku untuk selama-lamanya....


Harga :RM20
--------------------------------------------------------
Nur Hanna kecewa dengan sikap tunangnya, Adli, yang tidak setia. Sejak itu dia sukar untuk mempercayai lelaki. Azril, lelaki gentleman, hadir sebagai penyelamat kepada Nur Hanna di saat dia dikasari oleh Adli. Semenjak itu Azril terus menghulurkan tangan untuk Nur Hanna gapai dan genggam selamanya. Namun, bagi Nur Hanna, lelaki semuanya sama. Benarkah sudah tidak wujub lelaki baik di dunia? Sudah tidak adakah lagi lelaki melayu terakhir untuknya?

Di dalam keragua, Nur Hanna belajaruntuk cuba menerima Azril. Malangnya sekali lagi Nur Hanna kecewa di tangan lelaki. Punahlah hati dan luruhlah perasaan cinta yang sudah mula bersemi. Nur Hanna membawa diri ke USA dengan alasan melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana. Ketika itulah dia berbaik dengan Sean. Jadi betullah sudah tidak ada lelaki melayu terakhir untuknya. Patutkah dia menerima lelaki mat salih ini? Adakah jaminan yang Sean lebaik baik daripada Azril dan Adli?

Di kala Nur Hanna sedang menimbang lamaran Sean, tiba-tiba Azril muncul kembali. Dunia ini tidaklah sebesar mana pun untuk Nur Hanna menyembunyikan diri. Apakah petandanya ini? Adakah jodohAsril dan Nur Hanna terlalu kuat walaupun berpisah jauh beribu batu? Adakah mereka telah di takdirkan untuk bersama? Apa yang lebih penting, adakah hati Nur Hanna dapat menyakinkan dirinya untuk menerima manusia bernama lelaki? Apakah cabaran seterusnya sekiranya dia mengambil keputusan untuk membuka hatinya menerima lelaki? Berjayakah dia menemui cinta sejati?

5 comments:

kaknOOr said...

Antasha Balkis - akak memang menunggu novel terbaru beliau dgn KN akhirnya terbit juga...
Bsk nak gi markas rembat beberapa buah dulu....
Tahniah untuk KN sekarang menerbitkan 2 buah novel dlm 1 bln...

Ju'A said...

Wajib masuk troli. Antasha Balkis aka Syamimi Aminolah mmg menjadi koleksi peribadi....

Tahnia AB utk kelahiran novel terbaru....

kucc_aprilsnow said...

rabak laa kita kak ooi...list dh makin pjg ni, aduss...

congrats tu AB & EH...

kaypo said...

aku pun dah rabak..poket bocor dah..

silencez said...

cing.. korang ni beli sekarang.. bln depan mesti tak byk barang nak angkut kan? bagus.. boleh tolong angkutkan wa nya barang :P