Monday, May 4

Hanya Dia Tahu by Aleya Aneesa


Hanya Dia Tahu by Aleya Aneesa
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
Cetakan Pertama: 2009
RM19.90
sabah sarawak: RM22.90
500 mukasurat
isbn: 978983124-4135

"Tali cintamu merantai diriku dari menjauhimu"

Tak dapat menahan diri dari nak membaca novel Aleya Aneesa ni. Kang nanti asyik dok renung saja buku tu dah tak bleh baca buku lain. Bagi yang gemarkan kisah romantic memang sesuai la baca novel ni. Novel ni mengingatkan aku pada novel Aleya Aneesa sebelum ni, Untukmu Sayang yg diterbitkan semula oleh Fajar Pakeer.

Ariana – Zaen, pasangan adik beradik yg akrab mengingatkan aku pada keakraban Dasiera dan Hazim walaupun diorang terpisah disebabkan angkara kakak ipar merangkap musuh tradisi Dasiera. Dan Zaen tu perangai dia ada sikit2 macam Farish dalam novel yang sama. Bila dah jatuh cinta, diorang ni jadi possessive walaupun org tu belum tentu lagi nak kat dia. Perwatakan jer sama, ceritanya tak sama langsung.

Aleya Aneesa gemar memilih kisah sayang, motherhood, brotherhood, sisterhood dan ngorathood. haha... aku suka jer citer2 macam nih. Garapan AA memang sentiasa kelihatan manis aja di mata aku. Kalau aku bias, minta ampun lah ye. kalau hati dah jatuh suka tu, nak wat macam mana. hehe.

Keakraban Ariana, Zaen sekeluarga dan Nasuhah dgn ibu2nya memang menyentuh hati. membuat kita cemburu dgn kebahagiaan mereka. Pengajaran tentang nilai2 persahabatan dan kekeluargaan sangat tinggi dalam kisah ini. Membuat kita terfikir, adakah kita seorang anak, adik, abang, kakak dan sahabat yang baik? Mungkin sesetengah org memandang cerita ini sbb hiburan kosong, tapi bagi aku ceritanya menyentuh hati dn tangkap nangis juga. Novel2 Aleya Aneesa sebelum ni pun ada saja scene yg mengundang air mata. Rasa macam jadi ratu air mata pulak biler baca novel dia nih. Kalah Neng Yatimah.

Ariana dan Nasuhah bersahabat baik. Melebihi adik beradik. Nasuhah merupakan penyelamat Ariana yg menjadi anak yg baik sejak bersahabat dgn Nasuhah. Ariana cuba mengenenkan abgnya Zaen dgn Nasuhah (tanpa pengetahuan Nasuhah) tapi Zaen awal2 lagi dah reject sebelum bertemu mata dgn nasuhah. Dia telah melukakan hati Nasuhah melalui panggilan telefon yg takkan dilupakan Nasuhah sampai bila2.

Pertemuan pertama dgn Nasuhah membuatkan Zaen tak lena tido sbb Nasuhah tu memang lawa giler. dia dah tak ingat pun perempuan yg bernama Nasuhah yg pernah direjectnya sebelum. Nasuhah minta Ariana merahsiakannya. Bermula lah aksi kejar mengejar antara Zaen dgn Nasuhah.

Kehadiran Rezuan telah meleraikan ikatan Nasuhah dgn Ariana. Rezuan cintakan Nasuhah tetapi menggunakan Ariana utk mendekatinya. Ariana percaya yg Rezuan cintakannya tetapi tiba2 saja Rezuan mahu berkahwin dgn Nasuhah. Nasuhah terima Rezuan sbb mahu lari dari Zaen yg dh macam org gila tu rasanya.

Ariana tahu yg Nasuhah tak pernah tahu yg Rezuan pernah bercinta dgn Ariana, so dia tak nak kacau. Dia percaya Nasuhah akan bahagia dgn Rezuan. dia pun membawa diri ke luar negara. Zaen pulak frust menonggeng sbb awek yg dia bekenan dah dikebas orang. padan muka. dah la ngorat stail 'caveman' org zaman batu. Nak jer, angkut! tak sesuai langsung, menakutkan orang saja.

Tanpa pengetahuan Zaen, Nasuhah menarik diri di saat2 akhir pada hari pernikahannya kerana dia baru tau yg Rezuan pernah lukakan hati Ariana. Dia takkan sanggup merampas kekasih kawan baiknya. Keluarga Nasuhah dan Keluarga Zaen bersetuju utk merahsiakan peristiwa tu dari Zaen sbb takut nanti Zaen tu, dia kejar dan angkut Nasuhah tu entah ke mana2. Bila dia anggap Nasuhah tu bini orang, dia jadi elok dan kurang gatai la sikit. hehe...

lain2 korang baca la sendiri.

sure fine whatever
rinn

sinopsis belakang buku:

Ariana melihat Nasuhah sangat sepadan dgn abangnya Zaen Luthfi seorg pengurus muda. Sbg seorg adik yg nakal, dia asyik mengusik abangnya tentang Nasuhah hingga menimbulkan kemarahan Zaen. Tanpa pengetahuan adiknya, Zaen telah menghubungi nasuhah dan menghamburkan kata-kata yg nista.

Takdir telah mempertemukan mereka di dalam sebuah majlis. sejak itu, Zaen sudah terkena panahan asmara. Dia cuba utk mendekati nasuhah, namun gadis itu sudah tawar hati. Zaen nekad akan terus memburu cinta Nasuhah walaupun sejauh mana dia melarikan diri.

Pertemuan semula Nasuhah dan Rezuan rakan sekampus bagaikan jalan pintas baginya utk menyelesaikan masalah yg melanda. Namun huluran kasih Rezuan secara tiba-tiba membuatkan hatinya berbolak balik.

Walau bagaimana payah pun, nasuhah mesti berani membuat keputusan yg bakal ditanggung sepanjang hayatnya. Menolak cinta org yg sukakannya ataupun menerima sahaja lamaran kawan lama yg tidak pernah wujud di hatinya.

2 comments:

kaknOOr said...

Rinn cita rasa kita sama bila akak mula2 baca "Hanya Dia Tahu" terus terlintas difikiran akak "Untukmu Sayang" yg diterbitkan semula oleh Fajar Pakeer.

Menjadi trademark Aleya setiap cerita dlm novelnya pasti ada diselitkan hubungan keluarga yg akrab.Pengorbanan...kesetian.

Cuma rasanya dlm HDT tu watak hero
Zaen Luthfi seorang pengurus muda tu terlalu romatik dan mengikut kata hati...sampai satu masa akak pun jadi geram...macam tak faham bahasa pun ada.. bila Nasuhah kata tak suka dan benci.
Jalan cerita yg mudah tak banyak konflik hanya dgn watak Arianna, Nasuhah @ yang, Zaen Luthfi dan Rezuan....memudahkan akak menghabiskan dlm satu hari je.

RinnTis said...

the spirit of both stories tu sama, kan? But each story ada keistimewaan tersendiri.

Zaen ngan Farish memang jenis tak dengar cakap org, ikut kepala sendiri saja hehe. Mesti dia rasa dia dah cukup lawa dan gerenti heroin tu syok kat dia... Possessive walaupun cinta tak berbalas. Kalau dah dapat, tak tau la mcm mana. Kesian Nasuhah, rasa ngeri terlalu lebih kot sehingga rasa cinta tu lambat timbul.