Tuesday, June 30

DiRGAHAYU GENG KICAP...

Sejarah adalah sebuah nukilan peristiwa penting yang harus diingati. Sejarah membuatkan seseorang itu punyai sebuah kenangan yang pasti akan menjadi sebuah layar yang akan terus berkibar di sudut ingatan buat selama-lamanya. Kenangan itu akan tercatat kekal dalam hidup seseorang individu...menjadi memori yang akan terpahat kukuh...tidak akan bisa terpadam sampai bila-bila!

Kelmarin adalah sejarah sebuah kenangan yang sangat manis buat kucc juga rakan-rakan akrab dari Geng Kicap. Kelmarin merupakan hari yang begitu bersejarah...hari kami mengenang sebuah catatan peristiwa penting buat kami semua...hari kami meraikan Ulangtahun Pertama Geng Kicap dilestarikan di persada alam maya dan direalitikan di alam nyata...

Pejam celik setahun sudah rupa-rupanya kami bersama-sama menghidupkan kumpulan kami yang masih kerdil ini didalam misi mewarnai persada dunia buku, dunia novel tanahair...memberi sumbangan yang sekelumit cuma pada dunia ini...dunia buku dan nobel yang menjadi kecintaan kami...dunia yang telah menyatukan kami semua...menyatukan hati kami biarpun dipisah lautan juga daratan. Jika disingkap, direnung kembali...terlalu banyak sejarah pahit manis yang kami lalui...yang kami tempuhi hingga membawa kepada terlestarinya Geng Kicap. Walau pahit sejarah yang sudah tercatat, hikmahnya sangat besar buat kami semua...kami makin kuat...kami makin bersemangat...kami adalah satu!

Kelmarin, kucc dan rakan-rakan setia dari Geng Kicap; kak Mekna, kak Jua, kak Qimi, kak Tulip, Kaypo, Rinn dan Dyea a.k.a Didi bersama-sama teman kroni dari Geng Ulat Buku; kak Mariah, kak Uda, Wan Amalyn, Notie, Nacha dan Iejay serta tidak ketinggalan tetamu-tetamu istimewa undangan khas; kak Noor Suraya, kak Ramlah Rashid juga tidak ketinggalan future novelis adik Areila Sahimi, adik CucurAttap (yang sungguh "mensurprisekan" kami dengan kehadirannnya) juga kak Sue dari NB Kara yang comey, anak kak mekna yang cute, kakak kpd kak Ramlah Rashid dan adik Aisyah (UB junior-anak Wan Amalyn)...sama-sama berkumpul di FCMJ untuk meraikan majlis yang sangat bererti buat kami ini...buat Geng Kicap.

Ucapan khas buat kak Norhayati Berahim dari NB Kara...jutaan terima kasih dari kucc dan Geng Kicap diatas tajaan kek Ulangtahun yang cukup istimewa itu...terharu sungguh kami!. Buat rakan-rakan kroni dari Ulat Buku yang sudi membawa juadah di majlis kelmarin, kami sangat-sangat berbesar hati!... terima kasih sekali lagi.

Buat teman-teman juga tetamu istimewa yang sudi melapangkan masa menghadirkan diri untuk majlis kelmarin Geng Kicap ingin mengucapkan jutaan terima kasih diatas sokongan tersebut. Jika ada sebarang kekurangan, kekhilafan di majlis kelmarin, kucc mewakili rakan-rakan dari Geng Kicap menyusun jari sepuluh memohon jutaan kemaafan. Kami masih baru...kami masih hijau...masih setahun jagung...masih setampuk pinang. Jika perlu ditegur, maka tegurlah kami...jika perlu dinasihat, maka silalah nasihati kami.

Buat teman-teman akrab senada seirama kucc di Geng Kicap...semoga ikatan, semoga ukhuwah yang terjalin manis dan indah juga penuh palitan sejarah antara kita ini akan berkekalan...berterusan...berpanjangan selama-lamanya, insyaallah.

Selamat Ulangtahun Yang Pertama buat Geng Kicap...

DIRGAHAYU GENG KICAP!

Novel Terbaru Dari KarnaDya


Sinopsis:

“Kau yang bunuh aku! Maknanya aku dah mati!”
“Janganlah main-main!”
“Aku tak main-main!”
“Kalau kau dah mati. dengan siapa pula aku sedang bercakap ni? Hantu?”
Wajah pucat lesi yang seolah-olah tidak pernah dialiri darah itu tersengih. “Selepas ni,
giliran kau pula.”
“Kalau kau nak bunuh aku sangat, bunuhlah sekarang! Kenapa harus tunggu lagi?!”
“Oh, tak sabar rupanya!” Dia senyum sinis. “Kau pernah dengar ayat ni; bukankah
penantian itu satu seksaan?”
*****
Tika sunyi datang menyapa, hadirnya pengutus rasa bahagia.
Pabila nafsu menguasai minda, dia hilang kompas kewarasannya.
Demi sebuah rahsia keluarga, si ibu sanggup bertongkat derita.
Kerana kasihkan seorang anak, si ayah rela perjudikan nyawa.
Dek cinta terhadap arjuna, mahkota si gadis tergadai sia-sia.
Benar, dunia ini umpama sebuah pentas yang penuh dengan aktor dan aktresnya.
Setiap satu memegang watak berbeza mengikut papan cerita.
Tetapi, bagaimana jika si pelakon terlalu khayal sehingga akal hilang upaya?
Bukan itu yang dipinta, namun ketentuan itu yang harus diterima

Monday, June 29

Aku Bukan Billy Milligan Berada Di Pasaran


Tajuk:Aku Bukan Billy Milligan [770 MS]
Semenanjung:RM25.90
Sabah/Sarawak:RM28.90
ISBN:983-42115-5-4

“Encik Adam okey ke?”
Berlari-lari anak Laura keluar mendapatkan Adam. Dia memang terperanjat
apabila Adam menelefonnya sebentar tadi. Bahkan dia lebih terperanjat
lagi apabila Adam menyuruh dia mengambil lelaki itu di mahkamah.
Walau berat hatinya mahu mengambil kerana sekarang hampir waktu
puncak dan orang balik dari bekerja, tetapi dia datang juga berjumpa
dengan lelaki itu kerana bimbang jika sesuatu terjadi pada lelaki tersebut.
“Marilah Encik Adam, saya hantar Encik Adam balik.”
Ajak Laura, namun Adam langsung tidak memandang ke arahnya. Seolah-olah
kehadiran Laura itu, langsung tidak disedari oleh Adam.
Kenapa dengan lelaki ini?
“Encik Adam nak pulang ke pejabat ke?”
Tanya Laura lagi sambil menjenguk muka Adam yang kelihatan merah dan
basah pipinya. Lelaki itu menangis agaknya. Namun apabila Laura terus-
terusan memandang wajahnya, Adam bangun. Dan seperti dicucuk
hidungnya, lelaki itu mengikut Laura masuk ke dalam kereta.
Ketika melihat Adam membeku di tempat duduk, Laura ligat berfikir,
apakah dia mahu menghantar Adam pulang atau pergi ke satu tempat
supaya lelaki itu dapat menangis sepuas-puasnya.
Akhirnya Laura membuat keputusan membelokkan keretanya ke Tasik
Perdana. Tempat itu di waktu begini, sudah pasti tidak ramai orang.
“Kenapa awak bawak saya ke sini? Saya bukan nak berasmara dengan
awak.”
Sebaik sahaja Laura berhenti di tempat meletak kereta di Tasik Perdana itu,
Adam mengajukan pertanyaan.
Laura ketawa mendengar kata-kata dari mulut Adam yang dirasakan tidak
wajar itu. Lelaki ini kalau aku ikutkan perasaan, mahu sahaja aku lempang
dia.
Cakap tidak pernah berbahasa. Main sedap mulut saja. Kau ingat, aku ingin
sangat dengan kau? Kau yang telefon aku tadi menyuruh aku datang. Bila
aku datang, kau tunjuk lagak pulak.
Laura mencemuh dalam hati.
“Encik Adam, bukalah jaket Encik Adam tu. Encik Adam tak lemas ke
dengan tali leher dengan jaket? Sesekali jadilah orang yang bebas dengan
protokol. Malaysia ni panas, Encik Adam. Ini bukan Antartika.”
Tidak menghiraukan kata-kata Adam yang menghiris perasaannya, Laura
merenung lelaki itu atas bawah.
Aku yang melihatnya pun lemas. Mat salih pun taklah dua puluh empat jam
berjaket macam ni. Desis hati Laura.
Melihat Adam yang tidak berkutik, dengan berani Laura menarik baju
Adam. Membukakan jaket lelaki itu dan kemudian membuka tali leher Adam.
Jaket dan tali leher tersebut di letak di tempat duduk belakang.
“Jomlah kita duduk di tasik tu sekejap. Sekarang jam. Nanti saya hantar
Encik Adam balik rumah atau pejabat.” Ajak Laura.
Lelaki ini macam orang bingung. Apa yang berlaku di mahkamah syariah
tadi? Apakah lelaki ini baru sahaja bercerai?
Laura masih agak samar tentang hubungan Adam dengan isterinya. Dan
bertambah samar lagi apabila Rozita pernah datang ke pejabat dan
memberitahunya yang Adam masih suaminya.
“Awak selalu datang ke sini?”Pantas Laura menggeleng, menjawab
pertanyaan Adam itu.
“Taklah Encik Adam. Ada sekali dua. Bawak mak dengan kawan saya yang
datang dari Kota Bharu.”
Memang sudah lama Laura tidak ke Tasik Perdana. Kebetulan Mahkamah
Syariah terletak tidak jauh daripada Tasik Perdana, jadi itulah tempat
terdekat yang boleh dia bawa Adam yang seperti orang kebingungan sahaja.
“Awak ramai kawan agaknya...”
“Adalah juga, Encik Adam. Hidup dalam dunia ni memang kita perlukan
kawan. Kawan yang melengkapi kehidupan dan kekurangan kita. Dan kita
juga melengkapi kekurangan kawan-kawan kita.”
Balas Laura tenang. Dia berjalan beriringan dengan Adam, lelaki beku yang
selalu bercakap main sedap mulut itu.
“Awak tak pernah rasa sakit hati agaknya…”
Rasa sakit hati? Kenapa lelaki itu bertanyakan aku soalan yang agak aneh
itu?
“Kita manusia, Encik Adam. Mesti ada rasa sakit hati. Tapi kalau saya,
saya sakit hati sekejap aje, Encik Adam. Buat apa kita simpan rasa sakit
hati lama-lama kalau ianya menyakitkan kita sendiri...”
Balas Laura sudah mengambil tempat di kerusi yang tidak jauh dari tasik
itu.
“Awak tidak pernah rasa sedih?”
Pertanyaan tersebut tidak segera dijawab Laura. Dia melemparkan
pandangnya jauh ke tengah tasik. Beberapa minit kemudian, pandangan
matanya beralih pada Adam yang sedang melipat lengan bajunya hingga ke
siku.
Sebentar tadi memang Laura terasa mahu melakukan begitu terhadap
Adam. Lemas dia melihat lelaki itumembutang lengan bajunya hingga ke
pergelangan tangan. Tetapi dia tahu itu tidak wajar dilakukannya. Takut
dia jika Adam mengatakannya gatal

Dari Blog Norhayati Berahim

Wednesday, June 24

Novel Bonus Untuk June'09

Tajuk : Ilham Hati
Penulis : Damya Hanna
Halaman : 512
Harga: RM19.90
Harga untuk Pelanggan Pos: RM17.00 aje!



RIAN sama sekali tidak pernah membayangkan hidupnya akan berubah dalam sekelip mata. Namun, itulah yang terjadi apabila dia terjaga pada suatu hari. Kemunculan Hanif yang diperkenalkan sebagai suaminya amat mengejutkan sedangkan dia sama sekali tidak mengenali siapa lelaki itu.

Retrograde amnesia! Sejenis gangguan terhadap memori selepas berlakunya sesuatu trauma. Itu kata doktor yang merawatnya setelah dia terbabit dalam satu nahas jalan raya. Itulah juga punca dia tidak mampu mengenali suami sendiri.


Lantaran keliru dengan apa yang berlaku, Rian nekad mahu mencari jawapan. Penemuan sebuah jurnal hitam akhirnya berjaya menemukan jawapan. Sayang seribu kali sayang, di saat perasaan kasihnya mula bertunas, dia dikecewakan. Hanif ternyata berdendam atas apa yang pernah berlaku seolah-olah tidak mahu Rian wujud dalam hidupnya.


Lantas, apa perlunya Rian membina kenangan lalu jika sekadar untuk dimusnahkan oleh lelaki itu? Adilkah dia dihukum sedemikian rupa?

Monday, June 22

Buku Julai 2009 - Jemari Seni


Tajuk : Bintang-bintang ke Syurga
Penulis : Xarine
Harga: RM19.00
Harga pembelian melalui pos: RM17.00
ISBN:978-967-5118-22-7




Urusan ini perutusan cinta.
Seperti sabda Rasulullah, Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.

Islam itu cinta.
Cinta itu fitrah terpateri dalam hati. Hanya cinta dalam hati yang akan menyatukan kita dan semua manusia. Sepertimana alam kehidupan yang satu ini ditampung oleh bongkah-bongkah alam yang sedang bercinta; roh cinta yang mutlak terpateri pada hukum qadar-Nya. Dan setiap detik pasir-pasir dan burung-burung itu mengucapkan ‘cinta’ ke hadrat Tuhan mereka.


Maka aku berusaha mencintai semua, dan mengikat hati pada simpulan iman kepada qada dan qadar Allah.


Imran lulusan kejuruteraan, anak miskin yang tidak punya apa-apa kecuali kecintaannya pada Allah. Lalu wajarkah dia ada hati kepada si dia yang punya segala-galanya? Atau orang miskin hanya layak untuk dijodohkan dengan orang yang tidak punya apa-apa juga? Kalau begitu, apa pula maknanya sekufu?


* * * *
Dengarkan bisikan cinta XARINE sang insinyur yang berbicara fasal
cinta dalam lembutnya bahasa daripada hati seorang lelaki yang mengharapkan
reda Ilahi.

Review: Kalimah Jiwa by Haiza Najwa



Tajuk: Kalimah Jiwa
Penulis: Haiza Najwa
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
Cetakan Pertama 2009

"aku menanti janjimu di tengah lautan resah"

Ini adalah karya ketiga haiza najwa yg saya berkesempatan membaca dan ketiga2nya terbitan Alaf21. Saya dpati penulis ini sentiasa memilih menyampaikan cerita yang memerlukan beliau menanam elemen 'percaya' terhadap cerita yg disampaikan kerana ianya bukan cerita yg biasa. Ia mengambil masa dan dalil yg kukuh utk kita percaya, menerima dan suka dengan kisah yg beliau nak sampaikan. Pemilihan gaya begini menunjukkan penulis sentiasa mahu mencabar diri sendiri dalam menghasilkan karya yang memuaskan dirinya sbg penulis kreatif dan menghiburkan pembaca2nya.

kalau dalam Sentuhan Cinta, Hurin Ain menganggap dirinya hodoh walaupun dia sebenarnya sangat sangat cantik. Manakala dalam Kumohon Kasih, Ayuni mengahwini lelaki yg pernah memperkosanya dan tak perasan itu adalah lelaki yg sama. Manakala dalam kisah kali ini, seorg pelacur yg terselamat dari sarang pelacuran selepas 1001 hari terperangkap di situ dan setelah menjalani pemeriksaan doktor, dia didapati masih suci. Mcm mana boleh jadi macam tu? Pelacur suci?

Bagi saya cerita ini lebih kemas dari dua cerita sebelum ni dari penulis yg sama. Beliau mencipta konflik yang dalam dan berjaya meyakinkan pembaca dengan menggunakan alasan2 yg menarik. Saya amat tertarik dengan gaya bahasa beliau yg lembut dan memujuk. Scene2 sedih dilagukan dengan sangat hiba dan menyentuh hati dan sudah pasti membuat pembaca mengalirkan air mata. huhu..

Kisah ini tentang Liany yg berkahwin dgn Fahren kerana cinta. Tetapi Fahren mahu mempergunakan kecantikan Liany utk mengaut keuntungan. Liany dilacurkan dgn harga setinggi RM25ribu utk satu malam dan memang ramai lelaki yang beratur panjang utk mendapatkan khidmatnya. Pada malam ke1001 Liany diselamatkan oleh peguam muda, Naqlis. Naqlis mahu membela Liany dan menjatuhkan Fahren yg sentiasa memerangkap mangsa baru utk bisnesnya.

Namun setelah menjalani pemeriksaan, Liany didapati masih dara dan kes mereka menjadi goyah. Benarkah dakwaan Liany yg dia merupakan seorg pelacur? Dia menjadi terkenal di media Malaysia. Kesnya menjadi tumpuan. Ada membenci dan ada yg memuja.
Sebenarnya Liany adalah seorg gadis yg baik dan taat pada agama. Dia sentiasa memohon perlindungan Allah dan dgn bantuan Eljie, dia menggunakan ubat tidur utk melalikan pelanggan2nya dan tiada siapapun mengesyakki apa2 sehinggalah dia dilarikan dari rumah pelacuran itu. Lelaki2 yg pernah berhabis duit melanggan Liany ditertawakan.
Liany percaya doa2nya setiap masa dan ketika menyelamatkan maruahnya. Naqlis menarik diri sbg peguam Liany kerana dia mahu menjadi saksi utama kes itu.

Penulis bukan hanya menumpukan seluruh cerita kepada kes itu. Liany terpaksa menerima lamaran Naqlis kerana dia pernah bernazar di hadapan Eljie yg dia akan memperhambakan diri kepada orang yg menyelamatkannya. Ibu Naqlis bangga menerima insan sebaik Liany sbg menantu tetapi bapa & abg Naqlis menggelisah kerana mereka pernah menjadi pelanggan Liany.
Liany gadis yg bijak, dia bukan kosong, dia penuh dengan ilmu dunia dan akhirat. Bertahun-tahun dia berjaya mengelak cubaan cabul oleh bapanya sendiri yg percaya Liany bukan anaknya. Bacalah novel ini utk melihat bagaimana dia mengendalikan persekitarannya. Namun mata2 jahat sentiasa memerhatikannya dan satu kealpaan telah membuatkan Naqlis hilang kepercayaan pada Liany. Liany mencumbui lelaki lain dan gambar2 itu tersebar bebas. Apa penerangan Liany kali ini? Ibu mertuanya mempercayainya sepenuh hati. haaa.. part ni kena baca sendiri... La la la la... sebenarnya byk lagi perkara2 yg mengejutkan...

Part Liany menerima utk berkahwin dgn Fahren tu membuat saya terfikir, gadis sebaik Liany pun mudah tergoda dengan lelaki yg hensem dan berwang. Kawan baiknya sendiri meragui motif Fahren, tapi cinta telah membutakan mata Liany. Mungkin dia terharu Fahren sanggup menghulurkan wang utk keluarganya yg miskin.

sure fine whatever

rinn


Sinopsis belakang buku:

Ifliany sama sekali tidak menduga, suami sendiri sanggup mengurung dan melacurkannya. Air mata tidak henti merawat luka di hati. Setiap hari dia menadah tangan, semoga neraka dunia itu bukan tempat utk dia selama-lamanya.

Doanya termakbul... dia diselamatkan oleh Naqlis. Pemuda itu bagaikan menyuluh sinar bahagia utknya, menjirus bersih noda di seluruh tubuhnya. Status lelaki itu sbg peguam melayakkan Ifliany mendapat pembelaan. Kedurjanaan Fahren, si suami wajib dihukum!

Namun, laporan pemeriksaan doktor sungguh memeranjatkan. Ifliany masih dara! Lantaran itu apa bukti dia seorg pelacur? Dan apa pula tindakan Naqlis utk mendakwa Fahren.

RM19.90
sabah/sarawak: 22.90
isbn: 9789831244258
505 mukasurat

Friday, June 19

Rinn's Review: Cinta Di Hati by Nor Rafishah Md Hassan


Cinta Di Hati by Nor Rafishah Md Hassan
Terbitan Fajar Pakeer
Cetakan PErtama 2009

"Kita merenung bintang yg sama, tetapi mengapa mimpi berbeza?"

Tak tau nak explain apa perasaan saya setiap kali selepas membaca karya2 NOr Rafishah Md Hassan. Dia sentiasa ada meninggalkan 'rasa' setiap kali saya menutup bukunya. Itu antara sebab kenapa saya tak lepas peluang utk baca karya2 beliau, kadang2 tak boleh nak teka arah ending yang hendak dibawanya, ada kejutan yg tak disangka :)

Cerita ini tentang Nashran. Anak muda yg menaruh hati pada Shana. Kematian ibunya mengundang hiba. Tapi hati itu lebih luluh bila Shana tu rupa2nya buah hati ayahnya. Ayahnya cuba menerangkan beza sayang dan cinta. Dia sayangkan ibu mereka tapi cintakan Shana. Hubngan dia dengan adiknya Seri semakin kekok apabila terburai rahsia yg Seri bukan anak kandung kerana sebelum itu mereka adalah adik beradik yg sangat mesra dan bebas bergurau senda. Kekecewaan terhadap Shana membuat Nash membawa diri ke utara. Menemukan dia dengan keluarga Pak Cik Shuib dan keluarga Noti.

Tanpa disangka dia membina hidup yang lebih bermakna dengan keluarga di kampung itu. Najwa putus tunang setelah dilarikan Zaki yg berniat memalit malu pada keluarga Noti & Myuji. Kesucian Najwa diragui, Noti meminta pertolongan Nash utk menyelamatkan maruah adiknya itu. Nash menerima dgn berat hati dan meletakkan Najwa sbg tanggungjwbnya.

Kekerapan kehadiran Seri menimbulkan cemburu di hati Najwa sehingga mereka berselisih faham. Nash lebih mesra dgn Seri berbanding Najwa. Najwa rasa terpinggir. Tragedi yg menimpa membuat Nash sedar ada rasa sayang buat Najwa tetapi segalanya sudah terlambat. Seri makin sedih dan rasa bersalah bila mendapati yg Najwa rupa2nya kakak kembarnya.

Bagi yg menyenangi kasih antara Nash & Seri mungkin menganggap ni pengakhiran yg terbaik, tapi saya dari awal cerita lebih pro kpd Najwa so saya meletakkan kisah ini sbg sad ending :(

Saya ingat ker tu jer kisahnya, tapi tak abis lagi.. kisah shana ngan bapa Nashran tu lagi terkejut wo! Bapa Nashran pernah terlanjur dgn seorang wanita ketika Nash berusia 3 bulan... and guess who's the woman yg bapa Nashran terlanjur tu??? aaaawwwduiiiiiiiiwuihhhh...

sure fine whatever
rinn

Sinopsis belakang buku:

Merajuk dgn ayah sendiri, merajuk dgn gadis yg dicintai, Nashran nekad membawa hati. Di tempat org, dia membina semangat baru dan belajar mengenali diri. Lebih daripada itu, dia menemui sebuah cinta baru.

Pleurotus sajor-caju.

Tetapi bahagia sebenar yg diimpikan masih jauh daripada genggaman tangan. Lalu, di manakah hendak dicari bahagia itu? Atau massihkah dia terlepas pandang pada kasih yg ada di hadapan mat?

RM22.90
Sabah sarawak: RM25.90
isbn: 9789833880423

Akan Datang dari Fajar Pakeer


Tajuk: Mana Kekasih Hati
Penulis: Dhiya Shiha


"Rindu ku kepada mu seperti langit penuh membiru"


Cinta Muhammad Danish Haikal dan Zulaila Sofea begitu dalam. Cinta mereka yang tulus membuatkan Haikal ingin menyunting gadis Sarawak itu menjadi suri hidupnya. Namun jodoh pertemuan Dia yang menentukan.

Sedar akan status dirinya yang tidak seperti perempuan lain, Sofea melarikan diri di saat keluarga Haikal datang meminangnya. Tanpa sebarang bicara, hanya sekeping nota ditinggalkan. Haikal menderita kecewa. Cinta sucinya musnah sekelip mata.

Kenapa Zulaila Sofea melarikan diri? Siapakah dia sebenarnya? Apakah yang disembunyikan oleh gadis itu tentang dirinya? Dapatkah Haikal berjumpa dengan Sofea? Dan Haikal, terus mencari di mana kekasih hati…



Tajuk: Dia Cinta Terakhir
Penulis: Suria Areesya


"Seindah kasih sehalus rindu, cinta tetap di hati"

Dayana Aisha terlalu inginkan kebahagiaan. Keputusannya untuk menerima lamaran Airiel Izwan untuk membina rumah tangga di usia muda membangkitkan kemarahan abang kandungnya, Farid. Dayana Aisha tetap dengan pendiriannya. Dia tetap ingin melayari bahtera perkahwinan bersama Airiel Izwan, lelaki yang dicintainya sepenuh hati.

Takdir telah merubah segala-galanya. Pertelingkahan antara Dayana Aisha dan Airiel Izwan menyebabkan Airiel Izwan melafazkan cerai talak tiga. Semuanya hanya kerana sifat panas baran Airiel Izwan. Airiel Izwan meminta rakan baiknya, Alif Danial untuk mengahwini Dayana Aisha. Airiel Izwan ingin bersama dengan Dayana Aisha semula. Namun sebaliknya terjadi. Dayana Aisha terperangkap dengan permainan janji manis Alif Danial.

Mampukah permainan cinta Alif Danial dirungkai cinta Dayana Aisha dan Airiel Izwan? Bolehkah cinta mereka jadi yang pertama dan akhir? Airiel izwan terus menunggu Dayana Aisha kembali ke sampingnya…

Sudah Terbit dari Kaki Novel




Baju Pengantin Mak Andam
Penulis: Areila Sahimi
RM18.00
Penerbit: Kaki NOvel
sabah sarawak: RM21.00
isbn: 9789675067297

"Zain, sekeras-keras aku, rock-rock kapak aku
seselamba manapun aku Zain,
aku masih seorg perempuan.
Yg tahu rasa malu bila tiba part nak luahkan isi hati."
-aleeya-

"Biarpun dia serabut, dia kusut, dia jiwa kacau
dia suka teh tark amak sekalipun
pada aku dia tetap teristimewa"
-zain'

Aleeya dan Zain berjumpa di majlis perkahwinan pelanggan Kak Ana. MEreka asalnya bukannya sebulu. Namun kalu Zain dah menghulur salam perkenalan, Aleeya bukan jenis org sombong yg eksen tak bertempat.

Aleeya dan Zain bermula sekadar kawan biasa. kemudian mereka mula masuk fasa teman tapi mesra. Zain kata sayang. Zain kata cinta. Tapi Aleeya blur tak tau nak kat apa sebab dia tak tau apa yg dia rasa. Yg dia tahu dia fobia utk jatuh cinta sebab dia takut kena tinggal, dia takut kuciwa macam apa yg pernah dia lalui sebelum ini. Dia jadi sangat confius.

Tiba2 badai datang melanda. Dari teman tapi mesra jadi musuh yg langsung tak boleh tengok muka. Jauhc di mata, perlukah jauh di hati juga? Namun dlam ribut taufan itu, rindu tetap bertandang di hati, sayang sudah sedia bertenggek di jiwa. Kenapa dibina tembok ego di antara dua hati ini jika bahagia itu sudah berada di depan mata?

Lalu siapakah yg harus mengambil inisiatif utk tolong 'shampookan' hubungan ini? Biar yg simpul dileraikan, biar yg kusut dilembutkan, biar yg serabut dirapikan. Biar jadi wangi mcm sediakala. Aleeya? Zain? Kak Ana? ROzy? Azizul?

----------




Akhirnya Kutemui
Penulis Tania Aresya
Penerbit: Kaki Novel
RM15.00
sabah sarawak: RM18.00
isbn: 9789675067280

"Pabila suratan dan ketentuannya ditetapkan begitu...
ia pasti akan jadi begitu. Dan... akhirnya kutemui..

Kegagalan lalu banyak mengajar Mir erti ketabahn. Mengapa di saat dia akan mengecapi kebahagiaan yg diimpikan, hatinya pasti dilukai? Adakah kerana ketentuan-Nya begitu atau ianya cuma ujian dari Yg Kuasa terhadap dirnya yg serba kekurangan?

KEgigihannya selama ini, memang berbayar dgn kejayaan demi kejayaan yg diperolehi dlm kerjaya. Daripada seorg yg tak punya apa, kepada seorg yg begitu berpengaruh di MIH Holding. Mungkin sudah rezeki dan tuahnya di situ.

Namun, mengapa dia sering gagal di dalam soal hati. Di saat ada jiwa yg mahu mengisi kekosongan hatinya, dia pula yg tak punya rasa utk menyambut salam bicara. Di kala dia mengimpikan insan yg diminatinya, lain pula yg terjadi. Gagal dan terus gagal yg mengundang tragis di dalm kehidupannya lalu membawa hati jauh dari bumi tanah tempah tumpah darahnya.

Namun tidak mudah kebahagiaan ini dikecapi dgn kehadiran Tina - anak majikannya yg begitu mengharap, Sheida- gadis impiannya sejak di bangku sekolah dan Myza - teman seperjuangan yg tulus ikhlas mengabdikan diri utknya. Namun bahagia tidak kunjung tiba. Derita jua yg sering bertamu. Siapakah insan yg tulus menerimanya? Bilakah dan di manakah akan ditemui insan itu?

Tuesday, June 16

Novel Baru KN bulan JUN




Tajuk : Seindah Taman Raudah
Penulis : Damia Zahra
Penerbit : Kaki Novel
Raffique,

aku mahu kau tahu bahawa air mata ini tidak pernah kering tiap kali aku mengingatimu.Tiap belaianmu, tiap titis kasihmu membuat aku tidak pernah tahu apa itu erti derita. Namun semua itu hanya memori semalam. Kau bawa pergi kasih kita.Kau tinggalkan mimpi indah di saat cinta bersemi. Tiap duka yang terpendam ku simpan bersama. Dan ku singkap kenangan dulu kali rindu datang.


Andai bisa ku lafazkan erti cinta ini, akan kucoret di tiap dada langit yang kosong.Sepanjang perjalanan ini aku menghitung hari demi hari, mencari cinta yang agung.Aku ingin menjadi teman di setiap mimpi indah dalam lenamu.Aku juga mahu menjadi sesuatu yang akan sentiasa kau rindui. Aku mahu tiap langku kau ada bersama, kerana aku tahu aku menyintaimu.Dan aku mahu menjadi Faizalmu yang abadi.

Kupertaruhkan cinta yang satu. Kuhitung tiap tutur yang kau cipta.Kubina impian di atas mimpi yang belum pasti. Kutitipkan kasih abadi pada janji yang dibina.Dan aku tahu bila keyakinan ku datang, kasihku bukan hanya sekadar cinta kerana kasihku ada SEINDAH TAMAN RAUDAH.


Tajuk : Kerana Cinta

Penulis : Efi Afiza

Penerbit : Kaki Novel


Dua kisah kehidupan.Dua kisah percintaan yang berbeza.Kerana cinta mereka bahagia. Kerana cinta mereka sengsara.

CINTA

Seorang gadis yang kematian ibubapa.Dia dijaga oleh ibu saudara yang mengasihi dirinya.Perkenalan dengan Hazriq membuatkan dia mula mengenali erti rindu.Namun, hubungan mereka dicemburui oleh Lidya, sepupunya.Lidya mula membuat rancangan bagi memisahkan mereka.Cinta sedaya upaya mempertahankan hubungannya dengan Haziq namun apabila Haziq sendiri berubah hati, dia terpaksa mengalah.Kerana kecewa, dia akhirnya membawa diri...

HAIRI,

Cintanya terhadap Salina tiada tandingnya tetapi hubungan mereka tidak direstui keluarganya.Kerana cinta yang mendalam dia sanggup meninggalkan kemewahan demi untuk insan yang disayangi.Hatinya gembira tatkala ibunya mula berubah dan mengajak dia kembali ke rumah.Namun, disebalik kebaikan itu, terdapat seribu dendam.Kerana terlalu kecewa dengan nasib dirinya , dia sekali lagi membawa diri.


Dua kisah menjadi satu.Kerana cinta mereka dipertemukan.Kerana cinta mereka sekali lagi mengharungi dugaan kehidupan.Dugaan Hazriq yang sekali lagi hadir menagih kasih lalu mengusik hati Cinta.Ditambah lagi sikap ibu Hairi yang masih lagi memikirkan soal darjat.Satu demi satu dugaan yang datang adakalanya menyebabkan mereka keliru namun mereka tetap menempuhnya dan mempertahankan hanya KERANA CINTA.


Alaf 21 Jun: Cinta Hati Kita & Ilham Hati



Tajuk Novel: CINTA HATI KITA
Penulis: H.M. Tuah Iskandar
Halaman: 512
Harga: RM19.90
ISBN: 978-983-124-434-0

Sinopsis:
IMPIAN Manis ingin memiliki rumah tangga yang aman dan bahagia. Tapi, apa yang tersurat, dia menjadi isteri kedua. Maka terpaksalah dia berkongsi sekeping hati. Manis sering ditinggalkan sendirian. Malahan, pertemuan dengan suaminya perlu secara sembunyi-sembunyi.
Bagaimanapun dia redha menghadapinya demi kasihkan si suami.Sepuluh tahun Manis merahsiakan identiti suaminya. Selama itulah dia menelan umpat keji jiran-jiran yang menuduhnya perempuan simpanan. Kelahiran lima orang cahaya mata menguatkan lagi tuduhan mereka terhadapnya. Namun, langit bagai mahu runtuh bila perkahwinan rahsia mereka telah dihidu oleh pihak media.

Seluruh negara gempar dengan berita itu. Suami Manis rupa-rupanya seorang tokoh yang dihormati ramai!
Tinta Penulis:

Novel ini sekadar peringatan untuk setiap yang dapat memahami di sebalik maknanya yang tersirat.
Selari dengan genre motivasi dan pengembaraan yang sering saya bawa dalam novel-novel saya sebelum ini, Cinta Hati Kita membawa agenda yang sama, namun pada pendekatan yang berbeza. Ia lebih santai dan menghala pada penceritaan dari A hingga Z, tanpa plot yang berbelit-belit hingga memaksa pembaca terpaksa berfikir untuk memahami intisari bahkan jalan cerita. Melalui Cinta Hati Kita, ia sekadar wayang kehidupan oleh mereka yang bermain wayang dalam realiti kehidupan sebenar.

Selamat membina kekuatan dalaman anda untuk mengharungi semua cabaran dalam hidup...
----------------------


Tajuk: Ilham Hati
Penulis: Damya Hanna
Harga RM19.90
512 muka surat

Pesta Buku Datang Lagi!


1. Pesta buku alaf 21
Tempat: Lot 12, Persiaran Kemajuan 16/16, 40200 Shah Alam Selangor
Tel: 55118820 / Fax: 55113817
Tarikh: 26 - 28 Jun 2009
Diskaun up to 30% utk buku2 alaf dan buku prima

2. Pesta Buku Selangor 2009
Tempat: Kompleks PKNS Shah alam
Tarikh: 24 Julai - 2 Ogos 2009

3. Ekspo Buku Malaysia 2009
Tempat: PWTC
Tarikh: 31 Julai - 2 Ogos 2009

Monday, June 15

Dame Zoete Sarah

Tajuk Buku : Dame Zoete Sarah
Penulis : Khairyn Othman
Penerbit : Jemari Seni Publishing
Harga : RM18.00
Cetakan Pertama : 2009
Genre: Sweet & Comedy Thiller
Bintang : 5

--------------------------------------------------------
“..wah!, aku yang dalam musibah ini pun sanggup kau bebelkan?Sampai hati sungguh!Sombong! kerek! Ingat dia hero ke? Hero datang lambat!....”

Apa kata Saya:


Selamba, kelakar, penuh debar dan unik . Inilah rangkaian kata-kata yang dapat saya simpulkan tatkala selesai mengikuti novel terbaru nukilan si nona manis yang berbakat besar ini. Tajuknya sahaja sudah cukup memikat! Sewaktu membeli novel ini bersama rakan, saya sempat bertanya abang Rosdi yang tidak saya sangka adalah editor bagi naskhah ini tentang bagaimana menyebut tajuknya, bukan apa nanti lain yang patut disebut lain pulak bunyi yg keluar dari pangkal lidah saya…hehehe. Boleh pecah perut dengan lawak spontan ciptaan sang penulis kali ini…lawak yang cukup bersahaja sekali, di dalam situasi genting, kita masih boleh menguntum senyum, mengundang tawa tanpa sedar...hebat sungguh penulis ini!

Dame Zoete Sarah(DZS) atau Si Manis Sarah adalah buah tangan kedua hasil karya Khairyn Othman selepas Zahrah Di Tigris. Seperti juga dalam naskhah pertama, DZS penuh dengan sisipan informasi yang cukup berguna kepada pembaca namun kali ini penulis memilih untuk menukar haluan persembahan wadah naratifnya ke format yang lebih santai dan cukup menghiburkan sekali. Dalam DZS kita dibentangkan dengan perihal susur galur sejarah asal usul bunga tulip yang menjadi ikon Negara Belanda. Ia bagi saya sangat berguna sebagai makluman pembaca. Disamping bergelak sakan, disulami rasa teruja kita dapat menimba maklumat yang mungkin langsung tidak kita ketahui sebelum ini. Berlatarkan Malaysia dan Belanda, naskhah kali ini bagaikan menonton sebuah persembahan filem aksi dan penyiasatan global.

DZS menemukan pembaca dengan seorang Sarah Adam, gadis lingkungan 27 tahun, bertugas sebagai wartawan di Johor Baharu. Seorang yang cukup dedikasi terhadap tiap tugas yang diberi. Sarah yang bersifat sukar diramal ini dilibatkan secara tidak terancang didalam kemelut sindiket dadah apabila maklumat formula dadah terbaru telah diselitkan didalam beg tangannya didalam kejadian ragut yang sengaja dicipta oleh si “peragut”; Rod a.k.a Chan Wee Kong demi menjayakan misinya agar tidak diketahui sindiket berkenaan. Malang bagi Sarah bila dirinya menjadi buruan sindiket yang mahukan maklumat tersebut yang juga mengandungi informasi penting berkenaan orang-orang penting sindiket itu. Lebih malang bila Sarah ditimpa “kemalangan” kedua yang telah memberinya satu “benda” yang boleh menjadi bahan bukti terpenting kepada sindiket berkenaan. Sarah yang teruja untuk membongkar kisah disebalik semua kejadian yang menimpanya menerima kejutan yang paling menakutkan bila dia secara tiba-tiba menjadi buruan polis kerana dituduh menjadi pengedar dan pembunuh!. Tersepit dengan situasi yang menimpa, Sarah terpaksa bertindak menyembunyikan diri dari buruan polis dengan azam untuk membersihkan namanya yang sudah tercemar. Pelarian Sarah dengan kepintaran dan rantaian hubungan sosial yang dibina dengan masyarakat luar semasa menjadi wartawan membantunya melepasi sempadan negara. Sarah selamat sampai di negara Belanda, namun dia tidaklah selamat sepenuhnya apabila Encik Selamat a.k.a Tuan Salim , sang pegawai polis nan pintar yang berjaya menjejaki dirinya dan pemburuan Encik Selamat untuk mencari Sarah pun bermula…dan disini bermulalah pelbagai aksi menarik antara keduanya, dipenuhi segala macam aksi yang diluar jangkaan…Bila si luar jangka bertemu si banyak auta kita boleh maklum bagaimana hasilnya bukan…havoc sungguh! Satu kombinasi yang cukup lemak berkrim dan penuh huru-hara namun diakhiri dengan begitu manis sekali…

DZS cukup kaya dengan elemen emosi untuk dikongsi bersama pembaca . Ini kerana watak-watak dibina dan dibangunkan dengan penuh elemen kemanusiaan dan mereka bergerak dengan penuh rasa tersebut. Mesej didalam naratif kali ini bercorak perjuangan diri / self-survival. Sebagai manusia, sebagai individu di dalam mengharungi kehidupan mekanisme perjuangan diri ini penting demi kita menghadapi kemelut hidup yang adakala tidak terduga. Menerusi watak Sarah yang kuat semangat, berani, degil penulis menyampaikan mesej beliau ini untuk dikongsi bersama pembaca.

DZS dipersembahkan dengan cukup bergaya terutama menerusi olahan jalan cerita dan plot yang cukup cemerlang. Struktur plot cukup mencipta kesan dramatik biarpun diolah secara santai. Momentum naratif dibina dengan cukup mengujakan dari awal hingga akhir dan adegan-adegan mendebarkan yang dicipta bagai kita melihat visual-visual yang penuh aksi di atas kepingan-kepingan kertas putih yang kaku!. Kombinasi Khairyn Othman sebagai penulis dan Mohd Rosdi selaku editor cukup menyemarakkan naskhah hebat ini. Suntingan yang cukup berhati-hati dan cemerlang berjaya meletakkan DZS pada kelasnya yang tersendiri.

Kekuatan DZS banyak terletak ditangan penulis yang cukup cemerlang menonjolkan karektor watak-watak dalam naratifnya tidak kira watak utama mahupun watak sampingan. Setiap watak saling menyokong antara satu ama lain. Perwatakan Sarah Adam, sang wartawan muda yang blur namun sukar diramal akan tindakbalasnya, keras hati, bersemangat waja, tidak mudah putus asa cukup hebat di tangan penulis. Sarah adalah lambang wanita yang tidak gentar dengan setiap cabaran dan berusaha sehabis upaya demi kelangsungan sebuah perjuangan diri. Salim Abdul Rahman, si Timbalan Penguasa Polis yang sedari awal dipotretkan dari sisi yang cukup menjengkelkan cukup menarik sekali. Salim yang perasan, Salim yang kerek, Salim yang macam bagus-bagus aja cukup menarik untuk diteroka dan bila sudah diteroka alangkah cantiknya peribadi mulia yang terselindung disebalik sifat luaran yang sangat kontras itu. Saya juga sukakan watak Suryati yang sangat bersahaja, kelakar dan bersifat sahabat sejati. Perwatakan antagonis yang agak ramai di dalam naratif ini tidak begitu menonjol dan bagai ditenggelamkan oleh kedua-dua watak utama ini juga oleh watak-watak sampingan yang lain. Penampilan cameo Khairunnisa dan Dr Taufik dr Zahrah Di Tigris bagai mengubat kerinduan pada dua nama ini.

DZS sangat bernilai di mata saya kerana ia dibina untuk memperlihatkan sebuah pemikiran manusia yang dizahirkan dengan penuh rasa sedar dan diperkasakan dengan suntikan elemen nilai sosial yang semakin pudar di dalam masyarakat. Buat si nona manis, penulis berbakat besar ini, sekalung tahniah untuk persembahan anda yang cukup cemerlang kali ini. Ingin rasanya memeluk anda bagi menzahirkan kepuasan saya pada Sarah anda yang cukup manis ini.


Nota buat Penulis:
Khairyn, kucc nak tambah seorang lagi Salim dalam senarai sedia ada Khairyn dalam DZS ni…Salim I, penyanyi pop yeh yeh…hahahaha (tapi dia tak hensem aar…hikhik).

Bidadari Cinta by Samsiah Mohd Nor


Tajuk: Bidadari Cinta
Penulis: Samsiah Mohd Nor
Terbitan S.A Production Sdn. Bhd
Tahun: Januari 2009

Pertama kali melihat Aju di pinggir kafetaria Desa permai, pintu hati Ray berdegup kencang. Kebijaksanaan si gadis mempertahankan diri dari gangguan pelajar senior menarik hati Ray. di dalam feri menuju ke kampus USM, keduanya ditemukan. Dari situ semuanya bermula dgn indah. Namun penyatuan dua hati itu amat sukar sekali.

Aju
Kau seperti rama-rama yg indah berterbangan
kau seperti pelangi yg gemilang
Aku tahu apa mahu hatimu sabarlah sayang.

Ray
sukarnya membaca hatimu seperti sukarnya aku mentafsir warna laut yg kononnya biru.

Aju
Aku tak pernah curiga tentang putihnya warna awan...yg seputih hatimu
Ray
Kebisuanmu melemaskan aku... aku sudah sampai di persimpangan.

Apakah kesudahan perkasihan Ray dan Aju?Apa salahnya dan dimana silapnya sehingga banyak benar rintangan yg melintang antara mereka?

Bidadari Cinta
mengungkapkan sebuah perkasihan yg tulus, erti persahabatan dan erti pengorbanan.

isbn: 9789534437008

STREET VENDETTA - MAZNI AZNITA


STREET VENDETTA
MAZNI AZNITA a.k.a ANITA ARUSZI
Terbitan : Buku Prima
Harga : RM19.90
M/S : 631 ms
SINOPSIS
Anabella si gadis hipokrit bermata duitan yang gemarkan kekayaan dan gemarkan status. Kojie, si jejaka selekeh..bergaya punk dan sukakan kesederhanaan. Bila kedua-duanya bertemu, dunia seakan mahu runtuh. Kerana sebuah kereta, kedua-duanya dipertemukan dalam situasi aneh. Kerana mengejar sebuah cinta, kedua-duanya saling cuba memahami.

Cinta Anabella pada Iqbal membawanya ke Cherating ditemani Kojie, si selekeh yang baik hati. Misi Anabella cuma satu, mahu merebut Iqbal dari tangan si Tumirah Kuncup aka Mira. Namun di sana dia mula memahami sesuatu yang cinta monyet sewaktu remajanya tidak lagi sama seperti yang diharapkannya.

Perpisahannya terakhirnya dengan Kojie di Cherating entah kenapa sering membuahkan rindu. Anehnya bila dia bertemu Fakruzi, si jejaka tampan yang memiliki iras senyuman Kojie, Anabella mula dihimpit keliru. Siapa Kojie? Siapa pula Fakruzi? Semuanya akan terjawab di dalam Street Vendetta. Love is always a beautiful things in our heart. Sweet and Sour!!
* Infor dari blog Anita Aruszi

Thursday, June 11

makan-makan


assalamualaikum geng..
dah lama sgt2 rasanya kita tak kumpul ramai2. jadi, sementara ada masa, apa kata kita buat makan2 untuk raikan ulangtahun pertama GK + ulangtahun sis tulip?

tarikh yang dicadangkan : 28 jun 2009 (ahad)
masa : 12 tengahari
tempat : err.. tempat biasa la kot? MJ @ capsquare? hehe

sebarang cadangan dialu2 kan.

sesiapa yg boleh hadir, tinggalkan nota kat komen ye. nanti kita update.
tq geng :D

yg hadir:
1. kucc
2. ju'a
3. rinn
4. dd
5. nick
6. kak noor
7. kay
8. tulip
9. sil
10.
11.
12.
13.



Tuesday, June 9

Setiap Jumaat


Tajuk Buku: Setiap Jumaat
Nama Penulis: Norhayati Berahim
Penerbit : NB Kara Sdn Bhd
Harga : RM24.90
Cetakan Pertama : 2009
Genre : Kekeluargaan
Bintang : 4


---------------------------------------------------------
"Bagi sesetengah orang, cinta kadangkala terlalu agung...terlalu sukar untuk dibandingkan dengan perkara lain. Cinta membuat orang adakalanya tersalah tingkah, terlajak langkah...”

Apa Kata Saya:

Satu kelebihan penulis hebat ini yang cukup saya kagumi adalah keupayaannya memenakan kehidupan desa yang nampak hidup biarpun dilayarkan pada helaian kertas putih. Latar belakangnya yang datang dari golongan ini digunakan sebaik-baiknya oleh penulis hebat ini didalam menterjemahkan setiap naratif yang dibawa beliau terus kepada khalayak pembaca.

Naskhah terbaru beliau kali ini dengan tajuk yang cukup simbolik maknanya; Setiap Jumaat membawa pembaca melihat kehidupan 2 insan; Jasmine & Tengku Mohamad Safian @ Ku Pian yang berlainan latar, kelas sosial juga prinsip kehidupan lalu kedua-dua dipertemukan di bumi asing yang menjadi medan pelarian mereka .Pelarian kerana keengganan mereka menerima hakikat kehidupan yang sudah tersurat buat mereka. Hakikat kehidupan yang tidak disedari tersirat hikmah yang cukup manis buat mereka berdua pada penghujung cerita.

Kisah Setiap Jumaat(SJ) mempersembahkan tema dan persoalan hubungan kasih sayang dalam konteks sebuah ikatan kekeluargaan dan hubungan persahabatan yang cukup akrab, erat yang dipersembahkan penulis dengan begitu berhemah sekali dengan sesekali terlihat elemen humor diselitkan agar naratif ini nampak lebih santai isinya. Naskhah ini menggabungkan elemen kasih sayang, maruah diri dan pengkhianatan didalam merungkai mesej yang ingin disampaikan penulis menerusi cerita ini .Sebuah persembahan yang cukup seimbang dari sudut tema/mesej, plot dan jalan cerita, latar, gaya bahasa juga tidak ketinggalan perwatakan. Persoalan yang dibawa dalam SJ walau dari lapis mana sekalipun bukanlah sesuatu naskhah yang berat bawaannya .Naratifnya mudah diikuti, difahami dan dijiwai, maka tiada sebarang stigma yang dapat menghalang pemahaman khalayak pembaca untuk menghayati kisah ini dengan sebaik-baiknya.

Kehebatan SJ banyak disokong oleh kekuatan pembinaan watak-watak utama yang menerajui cerita ini. Pemahaman watak dan krisis perwatakan yang diperhalusi penulis tampak begitu baik sekali dipenakan menerusi watak Jasmine dan Ku Pian. 2 watak ini dibina dengan sokongan psikologi yang cukup kuat yang membawa keserlahan perwatakan mereka dalam keseluruhan perjalanan cerita. Penulis cukup teliti didalam membina dan menzahirkan 2 watak ini dalam mengangkat konflik dalaman yang menimpa 2 teraju utama naratif ini. Konflik diri yang dipengaruhi sifat ego diri yang membawa kepada pemberontakan jiwa hingga mendorong mereka tersalah langkah hingga tega menguris hati insan-insan yang cukup dekat di dalam hidup mereka sendiri. Watak-watak pembantu seperti Zulfakar, Tengku Ahmad Saman, Nita, Jabar juga Makcik Milah cemerlang dilayarkan penulis dan mereka turut menyumbang kekuatan kepada naskhah ini.Paling menarik watak bersifat gunting dalam lipatan yang didukungi Daun dipenakan penulis dengan begitu cemerlang sekali.

SJ membawa pembaca menyelami hati seorang Jasmine, seorang Ku Pian yang merasa dirinya dikhianati. Rasa kecewa dikhianati oleh mak, oleh ayah mendorong mereka membuat keputusan nekad...nekad yang akhirnya memakan diri sendiri!.Hakikat yang terbentang didepan mata adakala tidak menggambarkan realiti yang sebenarnya. Rajuk Jasmine pada mak membawanya terus menetap di bumi matahati terbit yang menjadi medannya menimba ilmu 5 tahun dahulu. 8 tahun membawa lara, bertarung dengan tuntutan hidup yang sangat mendesak di bumi orang maka hanya rakan yang menjadi tiang bersandar. Ku Pian yang rajuk dengan sikap ayah yang dianggap terlalu mengongkong membawa diri jauh ke bumi matahari terbit itu. Ayah yang berniat baik telah disalahanggap. Pertemuan Jasmine dan Ku Pian yang simbolik pada setiap jumaat ketika menanti waktu solat membina persahabatan yang cukup indah antara kedua. Enggan mempertaruhkan apa-apa perasaan di dalam perhubungan tersebut lantaran kedua-dua punya sejarah hati yang pernah dilukai maka mereka berdua membiarkan masing-masing dengan identiti asing; seorang Ultraman dan seorang Masako. Kesedaran yang sedikit datang membawa Jasmine kembali ke tanahair walau atas tiket perkahwinan abangnya membawa pembongkaran onar yang dilakukan ayah pada mak juga mereka sekeluarga cukup menyedarkan akan kekhilafan yang dilakukan pada mak. Kehilangan Masako menyedarkan Ku Pian tentang perasaan sebenarnya pada gadis itu. Sangkaan bahawasanya dia tidak akan menemui semula Masako dan kesal dengan kelewatannya melafazkan perasaan sebenarnya telah menyebabkan dia kehilangan gadis itu buat selama-lamanya. Lara hati membawanya pulang semula ke tanahair demi menebus kesilapan pada ayah. Kepulangan yang tersirat catatan kehidupan yang cukup manis buat keduanya...Ultraman dan Masako.

Plot SJ berlangsung secara terus menerus dan urutan kronologi yang cukup kemas. Latar cerita yang mendominasikan naratif kali nya, baik di Malaysia mahupun di Jepun disinematografikan dengan cukup teliti. Pemilihan lokasi di dalam penceritaan yang dipenakan dengan cukup cantik oleh penulis bagai membawa kita melancong sama ke Jepun. Saya ingin menyentuh sedikit berhubung penggunaan sistem/hukum tatabahasa yang sedikit bercampur-campur di dalam naskhah ini. Suntingan yang sedikit kurang kemas ini harus diteliti oleh sang editor untuk naskhah akan datang kerana kekurangan sebegini akan sedikit menjejaskan mutu naratif sebagus ini...alangkah sayangnya bukan!

Mesej yang dibawa SJ cukup jelas. Lihatlah kehidupan dari pelbagai sisi. Jangan hanya tertumpu pada satu sudut sahaja yang memungkinkan kita terjerumus pada kekhilafan. Hakikat kehidupan sememangnya tidak terjangkau oleh akal, namun sebagai manusia yang percaya pada-Nya,peganglah pada janji-janji-Nya, redhalah dengan apa yang terjadi kerana Dia tidak pernah mengambil sesuatu tanpa bersebab. Hikmah yang tersirat pasti manis buat golongan yang sentiaas redha dan bersyukur.

Buat Kak Yati...anda sentiasa kaya dengan idea kreatif, idea yang penuh elemen personifikasi kehidupan. Bagai tiada kata yang dapat menterjemahkan kekaguman saya pada kehebatan cetusan idea kreatif anda, dari dahulu anda begitu saya kagumi, sentiasa hebat dan istimewa sekali di mata saya...semoga jemari hebat anda akan terus cemerlang melakar kisah-kisah kehidupan yang penuh berwarna-warni buat tatapan para pembaca sekalian.

Pewaris Senja 1 & 2

untuk peminat kisah seram..

Sinopsis Bahagian 1

Manusia adalah khalifah di muka bumi ini.Tidak hairanlah jika ada makhluk lain yang menumpang di bumi ini akan menganggu dan seterusnya menyesatkan manusia yang dianggap sebagai permainannya..

“Akan kutuntut sepuluh keturunan warismu..itu janjiku dengan nenek moyangmu..!!”

Fuad terpaksa mengharungi hidupnya.Walaupun berdampingan dengan ‘pewaris’ keluarganya sejak turun temurun, Fuad tetap mencuba untuk menghapuskannya.Perkahwinannya dengan Raihana adalah langkah terbaik untuk menjaga Raihana daripada terus diganggu.

“..sehebat mana pun kuasa makhluk di dunia ini..tiada lagi kuasa yang sehebat dari-Nya..”

Fuad mengharapkan segala-galanya berakhir.Dia ingin hidup tenang dan bahagia bersama Raihana.Biarlah kisah terdahulu luput.Dia tetap laluinya.Sesungguhnya cubaan serta dugaan dapat menguji keimanan seseorang…Hanya keimanan menangkis segala kesesatan..mudah-mudahan…Amin..


Sinopsis Pewaris Senja Bahagian 2

‘Pewaris’ terus membuat onarnya. Rahsia yang simpan oleh Fuad dan Pak Ngah Ghani terbongkar juga akhirnya. Misteri yang selama ini menghantui kehidupan mereka semakin menggila. Tiada siapa yang dapat membantu. ‘Pewaris’ itu tetap mahukan haknya!

Fuad terpaksa merahsiakan daripada pengetahuan isterinya Raihana. ‘Pewaris’ yang berada dalam keturunan dia dan Pak Ngah Ghani semakin menjadi-jadi. Kini ‘dia’ mula menjelma menuntut perjanjiannya. Anak kembar lelakinya mula menjadi mangsa. Fuad dan Pak Ngah Ghani semakin bingung.Semenjak kedua anak kembar Fuad dibawa balik ke rumah , pelbagai peristiwa aneh telah berlaku. Mustahil seorang bayi kecil yang masih belum berusia sebulan mampu berkata-kata dan melempiaskan amarahnya?

Monday, June 8

Happy Birthday sis Tulip

Glitter Graphics

Happy Birthday Myspace Comments

Quotes Myspace Comments

sis tulip..
one summer warmer in your heart
one autumn richer in the harvest of your memories
one winter deeper in the mysteries of life
one spring time lighter with the joys of renewal
today, you are one year more beautifully blessed


life finest moments are those we spend in the company of friends..

HAPPY BIRTHDAY
Glitter Graphics

Sunday, June 7

Novel Baru Buku Prima & CESB



Masa jalan-jalan kat Read Malaysia, kitorang terserempak dengan 2 buah novel baru di rak.

1. Kupersembahkan Hati by Adra Adlina
Terbitan Buku PRima 2009
isbn: 9789a675234460

RM18.90
Sabah Sarawak: RM21.90

Zahra Liyana telan air liur. Tekaknya terasa kelat. Aduhai makcik. Kita belum kenal pun. Macam manalah boleh sukakan saya? Hidup saya ni jauh berbeza dgn hidup anak makcik. Besar konfliknya makcik. Kami bercinta pun tak. kawin laglah mustahil! Zahra LIyana bermonolog.

Mengapa dia sering mduji begini? hanya Allah yg tahu betapa sesak nafasnya bila melihat keadaan Zahra LIyana yg terbaring lsu. Serasa bagaikan hampir putus nyawa tatkala mengetahui Zahra Liyana berada dlm situasi genting seperti incci.

Tuntutan situasi membuatkan Zahra Liyana terpaksa meleraikan segalanya. Keindahn berkasih dgn suami tersayang tidak lagi menjadi penyeri hidupnya selepas ini. Cinta yg terlalu dalam buat Adib Irfan perlu dipendam jah ke lubuk hati. Zahra Liyana perlu menetapkan pendirian.
Mungkin inilah yg dikatakan jodoh. Walaupun tdak berpanjangan cukup memberi kesan yg mendalam buat Adib. Zahra menddik Adib erti tangungjwb, menghormati wanita dan paling penting Adib sungguh bersyukur dikurniakan isteri yg taat seperti Zahra.

------------
Hobi berangan memag tak boleh dipisahkan dg saya.. Asal terpandang mana-mana gelagat org di sekeliling yg sesuai utk menjadi watak, akan dimasukkan dlm karya. ADakakalanya saya hanya meminjam jasad merka, namun sikap dan karakter akan diolah berdasarkan imaginasi. KEsetian pada cinta, lelaki yg tak mampu membuka hatinya kpd seorg wanita benar-benar memberi saya inspirasi dalam menghaslkan keseluruhan novel. SAya sering memikirkan bahawa setiap pasngan perlu saling melengkap antara satu sama lain. cinta sejati tentu sahj wujud pada merka yg mempercayainya. Ianya lebih indah jika manusia tahu mengemudinya ke haluan yg betul. Hargailah selagi masih ada yg menyayangi.

-Adra ADlina-

-------------------------------------------------------------

2. Tajuk: Rindu Tak Terucap
Penulis: Nurhayati Ishak

Tahun 2009

Terbitan Creative Enterprise Sdn Bhd

RM32.90
Sabah/Sarawak: RM35.90

isbn: 9789838939388

"Kugagahi kaki ini... walaupun langkahku kian payah"

Indahnya sang bunga pasti layu jua akhirnya. Indahnya cinta kekal hingga ke hujung nyawa. Saat cinta mula berbunga, hati yg layu menjadi ceria.

WA AINI- Terima kasih cinta, utk segalanya kerana mengajarku erti bahagia. Kau berikanku lagi kesempatan utk kusemai cebisan kasihku.

Namun cinta jua membuat aku dihimpit rasa bersalah dan kesal yg sukar difahami oleh sesiapa. Saat cintaku terpaksa dilukai dan dikhianati. Hati yg luka berdarah.. biar kutanggung sendiri.

HAIQAL - Sayang.. tak terucap rinduku padamu. Kau ibart bayang-bayang indah yg sentiasa menemaniku. Tanpamu aku kehilangan arah. Sepi yg tiada penghujungnya... meambah lara di hatiku. SAyang... hadirmu jua membuka ruang-ruang kosong di hatiku walaupun kau tercipta bukan utkku. Namun kutemui jua cinta yg abadi.

WA AIMIN - Terima kasih Tuhan kerana memberi peluang utkku bersama dgnnya. Nkmat cinta yg KAU anugerahkan tidak ternilai harganya.

Ain... Abg amat menyayangimu. Andai diberi peluang sekali lagi, akan kubahagiakan dirimu selamanya.


-----------------

3. Penulis: Mardina Mohd Jamil

Tajuk : Kasih Aryssa

Harga:RM16.90

sinopsis belakang buku:
Ditinggal sepi sewaktu kasih mekar bersemi menyebabkan Aryssa tertunduk lesu. Terasa alam berhenti putar. Terasa bulan tiada terangnya. Bintang pun seakan tidak bersinar lagi. kejamnya pujaan hati membiarkan dia terus berharap, seolah-olah cinta iti tiada nilainya. Namun kasih Aryssa semakin menggunung tinggi hingga takkan dapat dicapai oleh insan lain yang bernama lelaki,. Pintu hati ditutup rapat sehingga tiada ruang utk yg lain bermukim.
Namun takdir yang menyelinap masuk, takkan sesekali dapat dilingkari. di saat hati masih melawan rasa kasih yang terdampar sepi jiwa pula mendambakan sinar cinta yang semakin

menghampiri. Aryssa pasrah. Kerana bagi Aryssa sekali dia mencintai, selamanya kekal dihati. Walaupun jauh di sudut hati, dia akur dengan ketentuan Ilahi.


----------------------

4. Penulis: Adriana Zahra
Tajuk: Tirai Semalam
Terbitan: Buku Prima
April 2009
isbn: 9789675234217
Mukasurat: 407
Harga: RM17.90


"kau datang tanpa dijangka, kini kau pergi tanpa diduga"


sinopsis belakng buku
”Terima kasih kerana kau sudi memberikan aku semua kenangan indah bersama kau sebelum ini. Dan terima kasih juga kerana bagi aku peluang untuk mencintai dan dicintai kau Aini. Aku takkan lupakan saat indah bersama kau ketik 'salji' kerinduan beraja di hati ini kita Aini” - Ady

Damai malam ini aku duduk merenung bulan yang tidak jua timbulnya, puas sudah aku memikirkan mengapa? Adakah ianya tidak sudi menjengukkan diri? Atau sudahpun ianya melarikan diri tapi man mungkin bulan itu berlari, mana juga mungkin bulan itu pergi, pergi jauh meninggalkan diri ini wahai Puteri Hati. Yashu.


Review: Lagu Cinta by Iejay Zakaria


Tajuk: Lagu Cinta
Penulis: Iejay Zakaria

Terbitan NB Kara

Tahun 2009

RM21.00 sabah sarawak: RM24.00
isbn: 9789675229039

604 mukasurat

"Sengketa itu terlalu manis utk diungkapkan"

Hasil karya pertama Iejay nih ada kelainan dan menarik :). Lagu yang berkumandang di setiap bab membuat kita seperti menghayati filem muzikal :) Lagu hindustan pun ada! haha. Penyampaian cerita yg unik dan menarik. Lagu feveret saya Percaya Pada Cinta pun ada!! hehe sukerrrrr. Bleh buat soundtrack khas utk novel ni lah ye?

Kisah cinta yg dialunkan dalam cerita ini agak biasa tetapi apabila dialunkan dlm bentuk kompilasi lagu, ianya kelihatan manis dan membuat kita tersenyum. Lagu Cinta ini adalah kompilasi lagu2 yg menceritakan perjalanan cinta Aleya dan Idzham. Cinta yg sudah lama berputik mengambil masa yg lama utk berkembang kerana salah faham dan menimbulkan sengketa antara mereka di tempat kerja. Namun bila masing2 tak bertemu mata mereka jadi rindu plak nak bergaduh. So, bergaduh pun bergaduhlah asal kan dpt berjumpa :)

Sentuhan komedi dalam cerita ni pun menarik jugak.. memang tergelak la... especially part Aleya terperanjat disebabkan 'Cik Li' sehingga terpanjat atas Idzham... haha.. terperanjat sampai terpanjat.

Tak berapa suka dgn cara Idzham melarikan diri dari Aleya yg sudah diberi pengharapan yg tinggi utk hidup bersama. Dia meninggalkan Aleya tanpa kata putus. Membuatkan dia seperti lelaki yg tak bertanggungjawab. Kalau dia perlukan masa utk 'heal', berterus terang jer lah.. tapi tu lah... nak dijadikan cerita... Tindakan Aleya memilih Syah pun buat saya geram... huhu.. tu yang lagi tak boleh nak lepas buku ni selagi tak abis baca. Even selepas jumpa family Syah yg eksyen semacam tu pun dia still nak teruskan perkahwinan dgn Syah. Geram jugak memikirkan Arin yg merupakan musuh dlm selimut, kawan yg berkawan utk 'makan' kawan. Bleh insert lagu Yuna "I'm Not Like You" kat sini... haha.

Jarak masa yg diberikan utk Idzham dan Aleya cukup utk menjadikan mereka insan matang apabila bertembung semula. Banyak persoalan yg perlu dirungkaikan... Aleya nekad mahu meneruskan majlisnya. Dia mahu menjadi isteri yg terbaik utk suaminya. So sapa nak jabat tangan tok kadi? Idzham ker Syah? Aleya terlalu gementar utk memikirkan semua tu sampai suara siapa yang melafaz akad pun dia tak perasan ;)

sure fine whatever
rinn

sinopsis belakang buku:

Idzham dan Aleya tak ubah seperti anjing dan kucing. Pantang bertemu, ada sahaja ayat-ayat manis yg dihamburkan. Perseteruan mereka bagaikan tiada akan habisnya. Namun siapa menyangka 'musuh' tradisi itu akhirnya tewas oleh panahan arjuna. 'Sleeping Beauty' itu berjaya dijinakkan oleh 'Encik Perasan Bagus' dengan cara yang begitu mengujakan.

Tika bersama meniti dan membilang hari bahagia, ketika lagu-lagu cinta sentiasa memenuhi ruang hati, Idzham hilang menyepikan diri. Keindahan cinta yg membara bertukar malap dgn tiba2. Aleya tertanya-tanya di mana silapnya? Akan musnahkah lagu2 cintanya?

Saturday, June 6

Selamat Ulang Tahun Pertama, Gengkicap!!

Geng,



Selamat Ulang Tahun Pertama!!


Tak sangka kan dah setahun rupanya Gengkicap ditubuhkan.

Lucky to have friends like you all =))





Thursday, June 4

Kalimah Jiwa - Haiza Najwa

Tajuk : Kalimah Jiwa
Penulis : Haiza Najwa
Terbitan : Alaf 21

Sinopsis:

IFLIANY sama sekali tidak menduga, suami sendiri sanggup mengurung dan melacurkannya. Air mata tidak henti merawat luka di hati. Setiap hari dia menadah tangan, semoga neraka dunia itu bukan tempat untuk dia selama-lamanya.

Doanya termakbul... dia diselamatkan oleh Naqlis. Pemuda itu bagai menyuluh sinar bahagia untuknya, menjirus bersih noda di seluruh tubuhnya. Status lelaki itu sebagai peguam melayakkan Ifl iany mendapat pembelaan. Kedurjanaan Fahren, si suami wajib dihukum!

Namun, laporan pemeriksaan doktor sungguh memeranjatkan. Ifl iany masih dara! Lantaran itu, apa bukti dia seorang pelacur? Dan apa pula tindakan Naqlis untuk mendakwa Fahren?

Tuesday, June 2

Cinta Di Hati.


Tajuk Buku : Cinta Di Hati
Penulis : Nor Rafishah Md Hassan
Penerbit : Fajar Pakeer Sdn Bhd
Harga : RM22.90
Cetakan Pertama : 2009
Genre : Kekeluargaan
Bintang : 3.5


-------------------------------------------------------------
“…ada perkara yang hanya akan kita fahami apabila menempuhnya sendiri. Itu sebenar-benarnya pelajaran & pengajaran…”

Apa Kata Saya:

Apa bezanya antara sayang dan cinta?. Garis sempadan antara kedua-dua perasaan ini cukup tipis sekali jurangnya hinggakan kita adakala boleh tersasar, terjerumus, tersalah tafsir akan kedudukannya…tersalah anggap akan hati kita sendiri. Kata penulis, cinta itu datangnya dari mata dan rasa manakala sayang itu datangnya dari hati dan jiwa. Bersama dengan yang tersayang lautan menjadi tenang beralun dan bila bersama yang tercinta lautan sentiasa bergelora!, benarkah begitu?...lalu kata penulis lagi, tempuhinya dan alami sendiri untuk kita bisa menafsir dan membezakan kedua-dua perasaan ini.

Naskhah terbaru penulis ini; Cinta Di Hati (CDH) cuba membawa pembaca menyelami kedua-dua perasaan ini menerusi pengalaman dua watak utama yang mendukungi naratif beliau kali ini. Cinta dan sayang adakala bisa menghancurkan diri seseorang jika tidak dikendalikan dengan bijaksana. Lebih buruk ia juga boleh memporakperandakan sebuah kehidupan..kehidupan insan yang tidak bersalah!. Rasa sayang dan cinta ini kadangkala bisa membuatkan kita jadi manusia yang kejam, manusia yang memikirkan kepentingan dirinya sahaja. Dan kadangkala sebagai manusia kita seringkali gagal memanafaatkan juga menghargai anugerah yang dikurniakan oleh-Nya pada kita hinggalah ia diambil semula dari kita. Saat itu segala rasa penyesalan, kedukaan sudah tidak bererti lagi.

Sebagai sebuah kisah yang bertemakan kekeluargaan sebagai teraju utama dengan sisipan hubungan kasih sayang sesama keluarga dan rakan, CDH membawa pembaca menyusuri kisah Nashran seorang graduan yang merajuk atas sikap ayahnya yang dianggap curang pada ibunya; Aliza yang membawa kepada kemalangan yang meragut nyawa ibunya itu. Lebih tragis, kekasih ayahnya adalah Shana; gadis yang menjadi pujaan hatinya dalam diam!. Sukar untuk Nashran menerima hakikat yang Shana bakal bergelar ibu tirinya!. Masalah tambah rumit bila identiti adiknya terbongkar. Seri Shahirah rupa-rupanya cuma anak angkat dalam keluarganya. Kecewa dengan semua yang berlaku, Nashran nekad keluar dari rumah. Rajuk yang akhirnya membawa dirinya terdampar ke Kampung Tok Raja, Naka, Kedah. Disana kehidupan barunya bermula dengan menjadi anak angkat kepada Pak Shuib dan Mak Nab yang kebetulan tiada mempunyai anak. Disana jugalah dia diperkenalkan dengan kehidupan kampung yang serba serbi sederhana. Menerusi keluarga angkatnya dia diperkenalkan dengan keluarga Alang Adol dan Alang Bunga juga anak-anak mereka, Noti/Hanafi, Myuji/Tarmizi, Uzi/Fauzi dan Ain Najwa. Hubungan akrab antara mereka tambah mesra dengan penglibatan Nashran dalam projek penanam jagung yang diusahakan Noti. Musibah yang menimpa Ain Najwa ketika dalam tempoh bertunang angkara rasa tidak puas hati pada Myuji telah membabitkan Nashran secara tidak sengaja. Demi membalas budi juga rasa kasihan pada Najwa yang tidak bersalah, Nashran nekad mengahwini Najwa namun kesilapan Nashran didalam melayari kehidupan barunya sebagai suami membawa padah bila Najwa merasakan Nashran bagai enggan menerima diri, lebih buruk kata-kata yang terlepas dari mulut Seri saat mereka berdua bertengkar membawa kepada rajuk Najwa yang berakhir dengan tragedi. Tragedi yang akhirnya juga membongkar identiti sebenar Seri…identiti sebenar Shana!.

Plot cerita ini berpaksikan jajaran kronologi dengan sedikit sisipan teknik imbasan kembali yang digunapakai penulis di dalam mengimbau perjalanan watak-watak di dalam CDH ini terutama Nashran dan Seri .Plot cerita berkembang dengan cukup berwarna-warni didalam menyusuri pergerakan kisah hidup Nashran yang cukup dramatik ini. Paling menarik bila kisah sebenar terbongkar. Tabir di singkap satu persatu secara perlahan-lahan membuat pembaca cukup tidak sabar dan tidak menduga begitu rupa kisah sebenarnya...sangat menarik bagi saya cara yang diguna penulis di dalam merungkai kisah sebenar disebalik kemelut keluarga Nashran dan kisah cinta ayahnya...

Perwatakan Nashran sebagai teraju utama dipotretkan dengan baik oleh penulis. Wataknya sebagai anak muda yang pendiam namun punya sifat memberontak dalam diam digambarkan dengan baik sekali. Nashran adalah contoh pemuda yang kadangkala keliru dengan perasaan hatinya sendiri yang tanpa disedari telah menguris hati orang lain dan disaat dia menyedarinya, ia sudah terlewat. Saya sukakan watak Ain Najwa, biarpun cuma seketika, wataknya cukup berkesan dipenakan penulis…dia lambang gadis malang yang cuba berjuang mendapatkan hak dan kedudukannya sebagai isteri biarpun dipinggirkan suami…sayang sekali wataknya diakhirkan sedemikian. Watak Tuan Abdullah cukup mengundang perasaan yang pelbagai. Ada rasa meluat, menyampah, sakit hati juga simpati pada nasib dirinya. Dia adalah contoh lelaki yang kurang bijak mengendalikan kehidupannya…kekhilafan masa silam yang tidak dijejaki untuk diperbetulkan itu membawa padah pada diri sendiri akhirnya.

Buat penulis, tahniah atas penghasilan sebuah kisah yang cukup memberi tauladan, cukup mengujakan sekali. Semoga anda akan terus cemerlang memenakan kisah-kisah kehidupan yang menjadi pedoman dan panduan masyarakat seperti ini di masa akan datang.

Jawapan Yang Pasti - Eka Fahara

Tajuk : Jawapan Yang Pasti
Karya : Eka Fahara
Terbitan : Alaf 21

Sinopsis:

ORANG kata, bercinta dengan dengan golongan artis amat membahayakan kerana hubungan pastinya tidak akan kekal lama. Namun bagi Kyra, dia percaya kepada Ariff kerana amat mengenali lelaki itu, jiran sebelah rumahnya. Tidak mungkin Ariff sanggup mempersendakan cinta dan kasih sayang mereka.

Namun, langit tidak selalunya cerah. Hubungan mereka yang sudah mendapat restu daripada keluarga tidak bermakna lagi buat Kyra. Kenyataan Ariff yang terpampang di dada akhbar benar-benar merobek hatinya. Sanggup lelaki itu menafikan hubungan mereka ketika disoal media dan menyatakan bahawa Kyra hanyalah jirannya.Gadis itu lantas membawa diri yang lara. Dia nekad tidak mahu berjumpa dengan lelaki itu.

Namun, dunianya yang sudah tenang dikocak pula dengan berita Ariff ditangkap khalwat. Bencinya terhadap lelaki itu sudah tidak dapat dibendung lagi.Ariff baru tersedar akibat daripada peristiwa hitam itu. Dunianya pula semakin gelap tanpa Kyra di sisi. Dia harus memperisterikan Kyra kerana masih lagi menyayangi gadis itu.Namun, apa yang dibimbanginya... adakah gadis itu masih mahu bertamu di hatinya sedangkan mendengar suaranya pun sudah tidak sudi lagi?

Insyaallah akan berada di pasaran pada bulan Jun ini....Kepada peminat novel, sudilah menatap buah tangan terbaru saya ini ya...(dari blog Eka Fahara)