Wednesday, February 3

Novel Februari Dari Kaki Novel


S/M AHLI : RM 20 bukan ahli ~ RM 24
S/S AHLI : RM 23 bukan ahli ~ RM 27

Keifli Benjamin dan Zara Melissa… kedua-duanya punya agenda tersendiri ketika diijabkabulkan. Keifli ingin melarikan diri dari kehidupan lampa
unya yang ‘kotor’ manakala Zara pula ingin menyelamatkan mamanya. Akhirnya mereka hidup sebagai teman serumah, yang tidak berhutang apa-apa di antara satu sama lain.

Hidup bersama Zara tidak pernah mudah buat Keifli. Ada sahaja yang tak kena di mata Zara. Jenuh Keifli menjaga hati isterinya yang tidak boleh disentuh itu.


Kalau dah hidup sebumbung, mustahil perasaan masing-masing tidak tercuit. Namun keegoan yang menggunung tinggi mengekang masing-masing melua
hkan perasaan yang terbuku.

Keifli yang hampir dapat melupakan Intan, kekasih lamanya tergugat dengan kemunculan semula gadis itu. Begitu juga dengan kemunculan semula Ran
ia, rahsia hitamnya yang sering menghantui emosinya. Zara yang tidak berdosa telah menjadi sasaran utama Rania.
Keifli penasaran. Sempatkah dia meluahkan perasaannya pada Zara? Sempatkah dia menyelamatkan Zara daripada jatuh ke dalam perangkap Rania? Bolehkan Zara menerima kehidupan lampaunya yang ‘kotor’ itu?



Semenanjung: RM19 ahli KN RM15

Sabah/Sarawak RM22 ahli KN RM18


Nana menyintai dalam diam sepupunya sendiri, Hisyam. Pertunangan Hisyam dengan kekasih hatinya, Hani telah meremukkan hati Nana lantaran dia tidak dapat menerima yang Hisyam akan menjadi milik orang lain. Namun, tanpa diduga, pertunangan Hisyam dan Hani terputus di tengah jalan pada hari-hari terakhir mereka akan diijabkabulkan kerana kecurangan Hani yang beralih arah kepada seorang lelaki yang bergelar ahli perniagaan. Untuk menutup rasa malu keluarga, Nana diminta menjadi pengganti Hani pada majlis pernikahan itu.

Alam perkahwinan yang dikecapi oleh Nana dan Hisyam menuju ke puncak bahagia. Mereka saling mencintai dan saling memerlukan antara satu sama lain. Akan tetapi, panas yang disangka hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Kebahagiaan yang dikecapi telah diduga dengan penderitaan yang bertimpa-timpa tanpa sempat ditepis satu per satu.


Johan, yang sedari dulu sangat mencintai Nana, berazam untuk memiliki Nana walaupun Nana sudah menjadi isteri orang. Pelbagai cara digunakannya untuk mendapatkan hati
Nana yang keras itu.


Hani pula muncul kembali, menagih semula cinta Hisyam. Terbit sesalan di hatinya kerana terlalu tamak mengejar kekayaan sehingga memutuskan pertunangan dengan orang yang sangat dicintai. Kali ini Hani nekad untuk memastikan Hisyam berada di dalam genggamannya.


Malang bagi Nana yang kehilangan anak dan perkahwinannya. Titik hitam itu membuatkan Nana hilang kekuatan untuk hidup. Manakala hidup Hisyam pula menjadi tidak tentu arah apabila dia memilih untuk bersama dengan Hani. Dia kehilangan sinar di dalam hidupnya, dia kehilangan Nana….


Adakah Nana dan Hisyam dapat bersatu kembali? Adakah mereka dicipta untuk hidup bersama? Atau… adakah mereka ditakdirkan hanya untuk menjadi sepasang sepupu yang sejati?

5 comments:

Dyea said...

Tahniah Nita!!!
Moga TS ni pong lebih hebat n ngetop
:)

Juga lynn Allyna. tahniah =)

Ju'A said...

Nita...tahniah untuk novel terbaru...kelahiran terbaru dari nita memang di nanti-nantikan....

tahniah juga untuk Lynn Allyna untuk kelahiran yg pertama..

RinnTis said...

alololo comey nyer cover

Mazni Aznita said...

tengkiu dyea, k jua dan rin..

tengah berdebar juga menanti cahayamata pembuka tirai 2010. masih ada unsur suspen dan sedikit aura-aura thriller tp lebih ringan berbnding karya terdahulu.. harap ianya diterima ramai..:)

buat lynn ayllina tahniah diucapkan utk sepupuku suamiku..tahun lepas sy sebilik dengan hanni, tahun ni saya sebantal plak dgn lynn allyna..

airina said...

comei-lote cover
isk, menggoda sungguh!