Sunday, February 13

Terbaru daripada Fajar Pakeer


Tajuk : Dibius Cinta
Penulis : Qash Irdina
ISBN: 978-967-365-052-1
Sem. Malaysia: RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90

“Eh, kau ni gila ke apa? Dahlah kau langgar aku tadi. Lepas itu, kau hempuk pula aku dengan beg Bangla kau tu. Hah, sekarang kau panggil aku perogol pula.”

Pertemuan pertama mencipta pengalaman memalukan apabila pemuda yang cuba membantunya diserang dengan beg Bangla miliknya. Saat itu ingin sahaja dia berlari 1000 meter tanpa henti dan tak tahu mana nak sorokkan mukanya. Pertemuan demi pertemuan tercipta dengan sendirinya seolah-olah takdir sengaja mempertemukan dua insan tanpa perasaan cinta.

Tanpa disangka, takdir telah menyatukan mereka apabila Adam Syafiq dan Cazlin Amalina disatukan atas rencana tersembunyi. Mungkinkah ikatan yang dibina tanpa perasaan cinta mampu menggapai istilah happy ever after? Mampukah kedua-dua mereka menghindari bius-bius cinta yang mula menghampiri? Akan adakah badai yang melanda untuk menguji kesetiaan mereka?


Tajuk : Cinta Berinti Kasih
Penulis : Ami Amilia
ISBN: 978-967-365-045-3
Sem. Malaysia: RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90

Dia tidak mengejar cinta. Dia juga tidak mengharapkan cinta lagi setelah bahagia yang terasa terpaksa dilepas pergi. Itulah Puteri Nur Zaharaq. Hidupnya hanya dikelilingi kawan-kawan jururawat dan pesakit-pesakit di wad.

Peristiwa terlanggar seseorang membuatkan hatinya tersentuh lagi. Hati gadisnya dimamah rindu dan dunianya yang kosong menjadi begitu indah sekali. Sayang, dia hanya bermimpi. Jejaka yang disangka akan menjadi seseorang yang istimewa di dalam hidupnya meninggal dunia akibat kemalangan di jalan raya. Kenangan yang ditinggalkan oleh anak muda itu hanyalah satu nama, Maria. Nama itu tertera pada badan motosikal yang ditunggangi oleh jejaka malang itu.

“Itu kedai saya. Saya suka kalau awak boleh jadi kawan saya. Secara langsung. Tak nak melalui Facebook. Tak best.”

Hidupnya menjadi kucar-kacir setelah lelaki itu meninggal dunia. Dia terserempak Maria yang ditunggangi seorang lelaki lain yang perwatakannya seiras jejaka yang sudah memesrai hatinya. Adakah dia bermimpi? Atau mungkin lelaki itu hidup kembali dan menjadi hantu? Dia keliru sehingga terpaksa berjumpa dengan pakar sakit jiwa!

“Dialah cinta hati saya. Cuma saya tak pasti sama ada diakah yang saya cari atau orang lain.”


Tajuk : Cinta Black Forest
Penulis : Ainon Zaini
ISBN: 978-967-365-050-7
Sem. Malaysia: RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90

“Pandai abang berlakon jadi raja, ya? Saya pun pandai juga berlakon. Di sekolah, kalau ada pementasan drama yang berkaitan cerita raja-raja, saya mesti ambil bahagian. Kata cikgu dan teman-teman, saya sesuai jadi puteri raja. Apa komen abang pulak?”

Cinta Farhana kepada seorang. Cinta Farhan juga kepada seorang. Mereka bertemu tanpa diduga. Mereka bercinta di usia muda. Mereka terpisah begitu lama. Saat indah menemukan mereka. Cinta yang lara mengorak semula. Puteri di hati puteri sejati, dipertemukan dalam sepotong kek black forest penambat restu Raja Permaisuri Farah Diba Biba.

Tengku Muzaffar indahnya nama. Turut memburu cinta Farhana. Juliana dijadikan orang perantara. Untuk merebut si gadis jelita. Buat menghias mahligai dibina. Buat merawat luka nan lara. Namun, ditepis Farhana yang setia.

Puteri hati puteri sejati bertemu putera hati putera sejati dalam nikmat sepotong kek black forest. Tersemaikah kebahagiaan dalam diri mereka? Adakah Farhan dan Farhana tetap setia setelah diduga?

No comments: