Tuesday, April 12

Akan Datang daripada Fajar Pakeer

Tajuk : Tahu Rasa Cinta
Penulis : Hanny Esandra
ISBN 978-967-365-065-1
Sem. Malaysia: RM20.00
Sabah / Sarawak: RM23.00

“Saya tak pandai berbunga-bunga, pak cik. Saya tak pandai nak bermadah berhelah… apa kata saya terus terang aje kat pak cik. Barulah rock!”

Memang betullah kata orang, hidup ini satu misteri. Kita tidak akan tahu apa yang terjadi. Begitu juga soal jodoh dan pertemuan. Erzalina adalah cinta mati Anuar. Apa saja yang Anuar lakukan hanya untuk mendapatkan cinta daripada Erzalina. Tapi, Anuar ini suka menjerat dirinya. Suka memalukan dirinya. Mahu mengurat Erzalina, tetapi tidak kena cara.

Bagi Erzalina, kehadiran seorang lelaki merupakan perkara baru dalam hidupnya. Dia yang sopan dan pemalu itu bernasib malang apabila mendapat peminat yang macam orang sakit mental seperti Anuar.

Berbagai adegan lucu berlaku. Daripada seorang lelaki yang nakal, Anuar jadi seorang lelaki budiman yang membuatkan Erzalina mula terpaut hati. Namun, saat hati mula ingin menerima, Erzalina mahu dijodohkan dengan Rafiyudin. Siapa idaman kalbu Erzalina? Benarkah apa yang dirasa Erzalina itu cinta? Mampukah rasa cinta yang baru diketahui, menyatukan dua hati?

Tajuk : Simpan Rasa Hati
Penulis : Dhiya Shiha & Nur Hazma
ISBN 978-967-365-068-2
Sem. Malaysia: RM20.00
Sabah / Sarawak: RM23.00

Azwa tahu dirinya seorang tomboi. Tidak mungkin dia mahu berterus terang perihal perasaan cintanya kepada Ifran Daniel. Malu! Sudahnya, dia hanya menyimpan perasaan itu di hati. Tanpa pengetahuan Azwa, Ifran sudah mempunyai pilihan hati, Nor Aida. Pergaduhan berlaku antara Nor Aida, Azwa dan Ifran. Azwa dihina dan dicaci bagaikan seseorang yang tiada maruah diri.

Azwa benar-benar terluka dan kecewa. Dia membawa diri. Namun Ifran muncul kembali di hari pertunangan Azwa.

Hidup Kyra sarat dengan angan-angan. Menyulam mimpi mahu menjadi Cinderella. Gadis biasa yang dilamar Prince Charmingnya. Hidup bahagia sehingga ke akhir nafas. Lalu dia memburu mimpinya. Mengharap hadirnya seseorang, sebagaimana yang diimpikan. Hadirnya Akash seumpama mimpi. Tiba-tiba saja lelaki itu berada dalam hari-harinya.

Kyra menyampah, meluat dan jelek. Mengharap agar mamat itu berlalu dalam hidupnya. Tetapi semakin mendekat pula.


Tajuk : Tanpa Kata Cinta
Penulis : Qaseh Qaisara & Ratu Bulan
ISBN 978-967-365-067-5
Sem. Malaysia: RM20.00
Sabah / Sarawak: RM23.00

Kamilia gadis yang sederhana penampilan namun sangat berkesan buat Isqandar. Tidak dapat Isqandar bayangkan betapa istimewa Kamilia dalam hidupnya. Sekejap saja Kamilia berjaya merubah perasaan Isqandar yang sangat dingin kepada ceria dan gembira. Untuk mengelak daripada Alina, Isqandar mengambil keputusan yang sangat luar biasa dan yang tidak-tidak saja. Dia memutuskan untuk meminta Kamilia menjadi isterinya.

Sakinah, gadis biasa yang juga inginkan cinta seperti gadis-gadis yang lain. Bertahun lamanya dia berharapkan si jejaka bernama Aizat. Biarpun Aizat memilih Honey sebagai teman tetapi dia tetap tunggu dan tunggu. Zaquan, akhirnya dia pulang mewarnai hidup dayangnya. Walaupun dia sering berkasar dengan Sakinah, tetapi dia bagaikan perisai yang akan melindungi Sakinah. Semuanya kerana dia ingin kembalikan sesuatu yang diambil daripada Sakinah, namun dia tidak menyangka perasaannya terhadap Sakinah begitu kuat.

No comments: