Thursday, December 8

Disember daripada Buku Prima


JODOH KAU & AKU
Afifah Yusof
ISBN 978-967-365-096-5
Sem. Malaysia RM18
Sabah/Sarawak RM21

Natasya, gadis yang mahu berdiri di atas kaki sendiri, akhirnya menurut kehendak papanya untuk bekerja di syarikat keluarga demi menjaga hati seroang ayah. Namun, baru beberapa ketika dia bekerja di situ, dia sudah terlibat dalam satu masalah yang melibatkan kakaknya, Hana.

“Saya nak cakap yang saya nak berkahwin dengan Hana punya adik, Natasya.”

Sebaris ayat itu telah menyebabkan Natasya menenjadi suri kepada seorang lelaki yang langsung tiada kaitan dengan dirinya. Namun, itulah yang dikatakan jodoh. Antara mahu dengan tidk, Natasya sedia menerima apa pun takdirnya.

Ashraf, lelaki biasa yang punyai rahsia tersendiri. Hanya mahu dikenali sebagai seorang peguam yang makan gaji. Tidak lebih daripada itu. Namun pekerjaannya dipandang rendah oleh bapa kekasih hati. Dan disebabkan itu, dia nekad mengahwini Natasya atas alasan tersendiri.

Natasya dan Ashraf, dua insan yang tidak mengenali sebelum ini terpaksa duduk serumah, menjalankan rutin rumah tangga seperti pasangan lain. Namun akan adakah rasa sayang yang bakal terbit dalam diri mereka? Mampukah Natasya meletakkan Ashraf di hatinya? Permasalahan apa yang Hana lakukan sehingga melibatkan Natasya? Siapa Ashraf yang sebenarnya? Masih adakah jodoh antara Ashraf dan Natasya?



KAU ANTARA BINTANG
Wanie Nordin
ISBN 978-967-365-098-9
Sem. Malaysia RM21
Sabah/Sarawak RM24

Iskandar, macam nama yang dah biasa dengar. Tak ada apa-apa yang istimewa pun. Nothing special! Apa yang spesialnya, nama Iskandar itu maksudnya nama seorang raja kalau merujuk dalam Islam. Dan Iskandar muncul dalam hidup Anum Danisha sebagai raja di hati Anum Danisha. Tak perlu Iskandar susah-susah pasang umpan, mudah saja Anum Danisha terpikat.

Tapi masalahnya sekarang, Iskandar yang Anum Danisha gila-gilakan ini suka main nyorok-nyorok. Sekejap ada, sekejap hilang. Sekejap muncul, sekejap ghaib. Misteri sangat orangnya. Bila dicari, langsung tak jumpa. Bila tak dipanggil, tahu-tahu dah ada depan mata. Iskandar ni manusia ke hantu? Orang ke bunian? Human or vampire?

“Kalau tadi ada bintang nama Aquarius, Gemini, tapi bintang yang awak tengah tengok tu namanya Anum Danisha.”

Iskandar yang pelik. Bintang pun dia sanggup namakan dengan nama Anum Danisha. Tapi, itulah kenyataannya.

Persoalannya sekarang, apa yang berlaku antara Iskandar dan Anum Danisha, realiti atau fantasi? Siapakah sebenarnya Iskandar di mata Anum Danisha? Wujudkah Iskandar yang dimaksudkan? Bersambutkah cinta yang dirasai oleh Anum Danisha? Akan adakah bintang yang bakal menyinar antara mereka?


MAT PIN NAPKIN
Umaira Dzul Widad
ISBN 978-967-365-097-2
Sem. Malaysia RM20
Sabah/Sarawak RM23

Fallah si menantu terpilih itu baru tersedar yang dia sebenarnya lebih senang memilih daripada terpilih. Tetapi memilih Hayfa yang ala-ala calon ustazah pilihan itu bukanlah semudah yang disangka. Lalu dia terpaksa rela menjadi yang terpilih dan membiarkan Hayfa memilih kerana mereka berdepan dengan pilihan yang tidak memihak kepada diri masing-masing. Pilihan, pilihan…

“Biarlah! Begini barulah adil, kan? Bakal isteri Fallah sedang bercengkerama dengan bakal suami Hayfa kat sebelah dinding sana. Bakal suami Lily dengan bakal isteri Hazardi sedang berperang di sebelah dinding sini.”

Menjadi yang terpilih bukan sesuatu yang Hayfa harapkan. Menerima hati si Mat Pin Napkin bakal membuat hati yang lain terluka. Untuk itu dia lebih rela memilih dan membiarkan Fallah terpilih. Walau hakikatnya hati Hayfa yang sejuk beku itu sebenarnya sudah lama dicuri dan dibawa lari. Lalu sebatang pin napkin menjadi ganti, menjadi bukti bahawa Hayfa dan Mat Pin Napkin saling berhutang hati.
Mat Pin Napkin,
Masa yang terus berlalu membawa kenangan itu semakin jauh daripada kita. Dan… hatiku yang telah kau curi itu, bila masanya nak kau kembalikan? Atau mungkin kalau kau kembalikan kepadaku, ia sudah tidak menjadi hatiku lagi? Kerana aku kini tak punya hati kepada insan lain setelah kamu

No comments: