Thursday, December 8

Terbaharu daripada Buku Prima


Tajuk : Kau Tetap Di Sisi
Penulis : Aishah Abu Hassan
RM 25.90
ISBN: 978-967-0342-20-7
~688 hlm

Ainanisha anak jati Malaysia penuntut tahun akhir di Universiti Leeds Metropolitan, Manchester terpilih mengikuti program anak angkat selama tiga bulan. Tuah menyebelahinya apabila dia diterima baik sebuah keluarga yang kaya di Simla, India. Namun, Ainanisha terpaksa menempuh pelbagai dugaan sepanjang berada di rantau orang. Kedatangan Ahmad Darius menambat hati Ainanisha. Namun tidak terlintas di hatinya untuk menjadi orang ketiga di antara Ahmad Darius dan Tina, adik angkatnya. Cinta yang berputik di hati Ainanisha terpaksa dipendamkan kerana dia tidak mahu menjadi perampas. Biarlah dia berkorban apa sahaja demi Tina. Dalam diam, Hairil Fahmi yang juga rakan seuniversiti Ainanisha menaruh hati padanya. Pelbagai cara dilakukan untuk menambat hati gadis itu tetapi Hairil Fahmi tewas. Cinta Ainanisha pada Ahmad Darius terlalu kuat. Pelbagai dugaan hebat terpaksa dihadapi Ainanisha sebelum mengecapi kebahagiaannya. Bagaimanakah kesudahannya? Hanya ‘KAU TETAP DI SISI’ mengetahuinya.


Tajuk : INFLUENZA CINTA
Penulis :LEVIS DELISYA
RM 22.90
978-967-0342-21-4
... ~592 hlm

Tragedi yang meragut seluruh ahli keluarganya meninggalkan Yasmin sebagai pewaris tunggal Hotel Eden Garden. Lalu bermulalah episod kembara mencari suami di mana Yasmin perlu memilih calon paling layak sebagai peneraju hati dan hotelnya.

Kebetulan, calon terakhir iaitu Ezad Hakimi merupakan cinta pertama Yasmin. Namun bagi Ezad Hakimi, Yasmin sekadar bayangan silam yang ingin disingkir ke tepi.

Sementara kisah Ezad Hakimi dan Yasmin penuh dengan sengketa dan misi dendam yang belum terlaksana, Zul Khuzaimey hadir dengan perisa cinta yang manis bergula.

Siapa yang harus Yasmin pilih? Ezad Hakimi yang tawar tak berperisa atau Zul Khuzaimey yang pernah menyandang gelaran Mr. Kasanova?


Tajuk : Saat Mata Berbicara
Penulis : DYZA AINUN
RM 25.90
ISBN: 978-967-0342-22-1
~672 hlm

Jija, bersuamikan Zharul yang tidak boleh menjadi suami yang sempurna kerana serangan angin ahmar. Namun, Jija rela demi untuk merawat lelaki itu bersama bapanya seorang tukang urut di desanya. Zharul sangat berduka apabila Jija terkorban dalam kebakaran di rumahnya. Kemunculan Qhalisya, seorang gadis tomboy menggetus hati Zharul kerana terlau banyak sikap Qhalisya mengheret ingatan Zharul terhadap arwah Jija. Siapakah Qhalisya sebenarnya?

No comments: